PENYOKONG PAS DITAHAN MEROMPAK

KOTA TINGGI - Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Tinggi berjaya menumpaskan geng pecah rumah di daerah ini, dalam masa tidak sampai dua jam selepas mereka merompak sebuah rumah di Taman Daiman Jaya, di sini.

Penangkapan itu sekaligus berjaya menyelesaikan lima kes pecah rumah yang aktif di kawasan Taman Johor Jaya (Seri Alam) dan juga di Taman Daya (Johor Bahru Selatan).

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Mohd Nor Rasid berkata, kira-kira jam  12.45 tengah hari, Isnin lalu, seorang wanita bersama suaminya yang juga penyokong kuat Barisan Nasional membuat laporan rumah mereka dirompak.

Menurutnya, kira-kira jam 2 petang hari sama, sepasukan anggota menahan tiga lelaki mencurigakan di lampu isyarat berdekatan restoran makanan segera, di sini.

“Mangsa yang baru pulang ke rumah mendapati, pagar kediamannya telah terbuka dan ada kesan umpil pada pintu rumah. Mangsa kerugian kira-kira RM8,000 yang hendak didermakan kepada sukarelawan parti..

“Ekoran itu, polis berjaya menahan suspek berusia 33 hingga 35 tahun dalam sebuah kereta Honda Civic yang dipercayai dicuri dan telah dilaporkan hilang di Puchong.

“Polis berjaya menemui dua komputer riba, sebuah kamera digital, satu teropong, sebuah telefon bimbit dan sebuah pencetak. Turut ditemui, sebuah beg sandang mengandungi alatan pecah rumah dan bendera PAS di dalam kenderaan tersebut,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohd Nor berkata, hasil siasatan lanjut ke atas suspek mendapati ketiga-tiganya penagih tegar dan positif dadah jenis syabu dan mereka juga merupakan penyokong parti PAS.

Jelasnya, polis mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan seorang lagi memiliki 13 rekod kesalahan termasuk dikehendaki di Bentong, Pahang dan pernah ditahan ketika demostrasi bersih 2.0.

0 comments:

Catat Ulasan