Memaparkan catatan dengan label Tun Faisal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tun Faisal. Papar semua catatan

[VIDEO] : Jawatan UMNO Tidak Diwarisi - @tunfaisal


Kita kerap disogok dengan tuduhan pembangkang kononnya UMNO/BN sebuah parti yang mengamalkan nepotisme atau kronisme kerana penglibatan kaum keluarga pemimpin politik di dalam parti berkenaan. 

Namun tuduhan-tuduhan ini nampaknya tidak berasas apabila melihat situasi sekarang ini di mana parti pembangkang lebih mengutamakan keluarga sehingga meminggirkan ahli-ahli biasa.

Namun Pengerusi UMB ketika mengulas persoalan ini menjelaskan bahawa jawatan di dalam UMNO tidak diwarisi kepada satu keturunan sahaja. 



Ikuti bahagian satu meja bulat Antara Pos yang membicarakan tajuk nepotisme dan kronisme :

 

Isu FB : Pemuda UMNO Tiada Akaun Rasmi FB atau Twitter - @khairykj @tunfaisal


Isu laman facebook yang didaftarkan atas nama Pemuda UMNO Malaysia terus mencetuskan kontroversi walaupun pengendali laman tersebut telah tampil membuat permohonan maaf sebelum ini.

Pemuda UMNO Malaysia hanya mempunyai laman web rasmi  dan pendirian setiap pemimpin Pemuda UMNO hanya dibuat melalui http://www.pemudaumno.org.my .

Laman-laman facebook atau twitter yang didaftarkan atas nama Pemuda UMNO merupakan laman yang didaftarkan oleh penyokong-penyokong Pemuda UMNO dan ianya tidak menggambarkan pendirian rasmi dari Pemuda UMNO.

Petikan Akhbar :
Status sebenar sebuah akaun fanpage Facebook yang didaftarkan atas nama Pemuda Umno Malaysia terus menjadi perhatian dengan Khairy Jamaluddin menegaskan permohonan maaf datang daripada pengendali laman berkenaan sendiri. 
Sabtu lalu, pengendali akaun itu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung poster berbaur hasutan yang dimuat naik sebelum ini. 
Banyak pihak mendakwa dan membuat tanggapan bahawa permohonan datang daripada Pemuda Umno sendiri. 
Khairy, Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN), semalam menjawab kekeliruan itu menerusi laman Twitternya dengan menafikan fanpage itu Facebook rasmi Pemuda Umno. 
Beliau juga menegaskan bahawa permintaan maaf itu bukan dibuat oleh Pemuda Umno. 
Katanya: “FB itu bukan FB laman rasmi Pemuda Umno. Yang minta maaf itu pengendali laman FB tersebut bukan Pemuda Umno.” 
Beberapa mesej Khairy yang menjawab respons pengikutnya berhubung permintaan maaf itu juga membawa maksud yang sama. 
Salah seorang pengikut yang bernama Daniell Rezuwan berkata: “Permohonan maaf itu wajar. Cuma, Pemuda Umno kena tahan dengan tohmahan flip-flop.” 
“Apa flip-flop? Ia bukan laman kami. Pentadbir laman itu yang minta maaf. Bukan kami,” jawab Khairy ringkas. 
Kemudian pemegang akaun itu mencadangkan agar akaun itu ditutup atau mengambil tindakan terhadap pentadbirnya. 
Khairy menjawab: “Terserah kepada polis. Kami juga telah menulis kepada FB."
Pengikutnya yang lain juga mencadangkan agar tindakan tegas diambil ke atas pentadbir laman itu. 
Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz ketika dihubungi menyokong kenyataan Khairy. 
Katanya: “Kenyataan YB KJ betul. Yang mohon maaf adalah pentadbir laman tersebut dan ia bukan laman rasmi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. PPUM. 
Penglibatan rasmi adalah melalui YB KJ, YB Razali selaku Naib Presiden dan berita rasmi melalui laman web PPUM. 
“Pergerakan Pemuda Umno Malaysia tiada akaun rasmi sama ada Facebook mahupun Twitter cuma laman rasmi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian Online. 
Laman web rasmi PPUM boleh diakses melalui http://www.pemudaumno.org.my
Menurut Tun Faisal, pihaknya juga tidak pasti siapa yang mengendalikan laman itu, sama asa individu mahupun kumpulan tertentu. 
“Kami pun tidak pasti siapa pentadbir laman itu sebenarnya. Ia mungkin hanya inisiatif individu atau kumpulan tertentu tetapi mereka bukan suara rasmi Pemuda Umno,” katanya.

Hudud Boleh Dilaksana Jika Persediaannya Cukup - @tunfaisal



Hukum Hudud sekejap ada sekejap tiada, setelah menyepi untuk seketika. Kini pembangkang terutama PAS kembali menggunakan hukum Allah ini sebagai modal untuk meraih sokongan masyarakat Islam.

Walhal pada hakikatnya sudah lebih enam tahun kerjasama di antara PAS dengan PKR dan DAP, sehingga kini PAS masih lagi tidak berani mengemukakan draf hudud kepada pucuk pimpinan tertinggi dalam Pakatan Rakyat.

Dari AntaraPos :


Hukum hudud boleh dilaksanakan sekiranya semua lapisan masyarakat di negara ini bersedia menerima pelaksanaannya, kata Pengerusi Unit Media Baru (UMB), Tun Faisal Ismail Aziz. 
Beliau berkata, tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang mahu menumpukan kepada beberapa perkara yang diberi keutamaan, sebelum melaksanakan hukum hudud di negara ini hanya membuktikan kebenaran yang sudah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Saya rasa dia (PR) tidak faham mengapa hudud masih tidak dapat laksanakan. Sebab faktor kesediaan, keadilan sosial dalam masyarakat masih menjadi prasyarat yang tidak dapat ditunaikan lagi sekarang ini," katanya. 
Semalam, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, tidak timbul soal PR menolak hukum jenayah Islam untuk dilaksanakan di negara ini, sebaliknya parti komponen tersebut mengambil pendekatan mendahulukan perkara-perkara utama yang dianjurkan Islam. 
Manuty berkata, proses pemahaman mengenai hudud juga perlu diberi penekanan dan keutamaan sebelum melaksanakannya, terutama di kalangan umat Islam Malaysia sendiri yang pada masa kini masih belum sempurna dan maksima. 
Dalam pada itu, Tun Faisal turut menyifatkan PKR mengambil langkah yang sama seperti PAS untuk mempolitikkan isu hudud bagi mengaburi mata rakyat bahawa parti itu turut memperjuangkan Islam. 
"Dia pun mahu mengambil jalan seperti PAS, mahu nyanyi lagu hudud menjelang PRU. Mahu menampakkan dalam PKR ini ada agenda Islam. 
"Dia memang tiada agenda pun. Sebab itu bila pemimpin PAS kata, hudud bukan agenda, DAP dan PKR yang menolak," katanya.AP



[VIDEO] : #TwtupSahurTF @tunfaisal Bersama Rakan Twitter - APA Blogger Bebas Bukan UMB!


Rakaman sekitar program Sahur Bersama Pengerusi UMB saudara Tun Faisal Ismail Aziz program yang diilhamkan sendiri oleh 'followers' beliau @SyahirMraz  ini diadakan di Restoran Selera Ramai 1 Ikan Singgang yang terletak di Kg. Baru semalam.

Antara lain Tun Faisal turut menjelaskan bahawa blogger APA yang dianggap sebagai blogger UMB adalah seorang bloggers bebas sebagaimana bloggers-bloggers sensasi yang lain seperti blogger tersohor PapaGomo dan Parpukari.

Mereka tidak terikat dengan parti dan perlu mematuhi etika parti sebagaimana blogger UMB :
 

@PapaGomo Tumbuk Blogger - Pengerusi #UMB @tunfaisal Perbetul Dakwaan @amenoworld



Saya malas nak ambil peduli tentang perselisihan peribadi di antara blogger tertentu. Sebab utamanya, saya kenal mereka dan saya tahu apa masalah mereka yang sebenarnya.

Saya bekerja dengan mereka semasa Pilihan Raya Kecil dan program-program tertentu; dan saya lebih kenal perangai mereka berbanding menteri, pegawai menteri, pegawai timbalan Perdana Menteri; pegawai dan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri. 

Saya kenal mereka sebelum mereka menjadi 'rich & famous' dan paling penting saya kenal mereka di lapangan, cara kerja dan kaedah spin mereka.

Ikutkan, memang saya malas nak ambil port. Bagaimana pun saya terpanggil untuk menulis artikel ini untuk membetulkan fakta dari tulisan amenoworld bertajuk "Papagomo tumbuk blogger UMB" yang tidak tepat dan tidak betul sebelum ia menjadi fitnah.

Dalam blognya, amenoworld memetik emel yang diterimanya, berbunyi:
Isu nya adalah dendam lama Papagomo terhadap Blogger APA. Papagomo (Nama sebenar Wan Azri, sila rujuk gambar Papagomo) seorang blogger yang bongkak dan angkuh ini, pada kejadian itu dikatakan berada diluar dewan lalu menumbuk blogger APA.
Blogger APA naungan UMB yang diterajui Tun Faisal (Exco Pemuda Umno Msia) ini dikatakan telah mengeluarkan gambar rumah, kereta dan beberapa gambar peribadi Papagomo didalam blognya. Oleh itu ianya mengundang kemarahan Papagomo dan terus berdendam dengan blogger APA.

Fakta yang perlu saya perbetulkan di sini:
Pertama : 

APA bukan blogger di bawah naungan UMB. APA pernah bernaung di bawah kumpulan Papagomo dalam sebuah operasi khas dan kemudiannya meninggalkan kumpulan itu untuk bernaung di bawah UMB di atas sebab yang dia lebih ketahui. Bagaimanapun oleh kerana sukar untuk mematuhi sepenuhnya kod etika UMB, sebagai sebuah jentera parti, akhirnya APA menarik diri dari UMB untuk menjadi blogger yang bebas dari mana-mana kumpulan.

Tun Faisal selaku ketua UMB ini juga adalah seorang pegawai khas kpd DS Hishamuddin dan Papagomo pula adalah blogger naungan DS Shabery Cheek. Pepecahan kumpulan blogger UMB, DS Hishamuddin dan kumpulan blogger DS Shabery Cheek (Papagomo) semakin kritikal. 
Persoalannya disini adakah kumpulan blogger UMB kendalian Tun Faisal yang berboss kan DS Hishamuddin ini memang mengatur strategi untuk menghentam DS Shabery Cheek, Papagomo and then geng? 
Adakah ini strategi DS Hishamuddin untuk menghancurkan semua "Rival" nya didalam Umno ataupun ini memang perangai kurang ajar Papagomo yang semakin berlagak, sombong, angkuh dan "demanding" ini?
Kedua : 

Fakta bahawa UMB adalah di bawah naungan Dato Seri Hishammuddin dan Papagomo adalah di bawah naungan Dato Seri Shabery Cheek adalah SALAH sama sekali. UMB TIDAK ADA KAITAN sama sekali dengan Dato Seri Hishammuddin. 

UMB adalah jentera parti di bawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. UMB tidak menerima peruntukan daripada mana-mana menteri dan berusaha keras mencari sumbangan dari pelbagai pihak (selalunya tidak mencukupi) untuk melaksanakan pelbagai program, termasuk membantu Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Ketiga : 

Tidak ada maklumat yang membuktikan Papagomo bernaung di bawah Dato Seri Shabery Cheek; dan saya tidak peduli. UMB mempunyai hubungan yang baik dengan Dato Seri Shabery dan turut membantu mempromosikan Hari Belia Negara 2012 dan Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya. 

Walaupun begitu, saya difahamkan semua blogger dan cybertroopers UMB yang hadir semasa program di Bukit Kiara memang berasa terkilan dengan Dato Seri Shabery kerana tidak memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada mereka di dalam ucapan beliau. 

Saya tidak hadir program tersebut kerana ada mesyuarat lain di Putrajaya, tetapi itulah keluhan blogger-blogger UMB yang kecewa dengan ucapan Menteri Belia dan Sukan.

Keempat : 

Pertembungan Papagomo dan APA, adalah pertembungan peribadi - jadi tidak perlu libatkan UMB, Dato Seri Shabery dan Dato Seri Hishammuddin. Semua ini tiada kena mengena. Pada saya, agak kebudak-budakan untuk terlibat dengan pertelingkahan peribadi dua orang blogger.

Ada juga sumber mengatakan DS Hishamuddin juga ada membuat "engagement" dgn Papagomo secara sulit dan memberikan duit komitmen bernilai ribuan ringgit dengan kadar bulanan. Klau ini benar berlaku sememangnya DS Hishamuddin mementingkan diri sendiri demi survival politik sempitnya dan si bahlol Papagomo ni memang tiada maruah diri dan tiada integriti.

Kelima : 

Sepanjang pengetahuan saya, kenyataan ini juga tidak benar. Politik Dato Seri Hishammuddin bukan politik sempit dan jauh lebih terbuka dari dakwaan itu. Saya mengenali Dato Seri Hishammuddin sejak 2001. Ketika itu saya hanya berkerja sebagaireseacher kepada beliau. 

Sepanjang pengetahuan dan pemerhatian saya sejak 2001, Dato Seri Hishammuddin yang saya kenali tidak mengamalkan politik konfrontasi dan terbuka dalam pendekatan beliau. 

Engagement beliau bersifat meluas, melibatkan pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat, baik di kalangan akar umbi, pemimpin UMNO pelbagai lapisan, monarki di dalam dan luar negara, dan pelbagai individu pelbagai kaum dan agama, di dalam dan luar negara. 

Engagement tidak semestinya dengan duit, tidak sepatutnya hanya dalam kelompok yang kita berasa selesa semata-mata dan tidak semestinya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak.

Amenoworld, saya malas nak campur, cuma nak bagi tau - maklumat yang you terima tu -TAK BETUL.


Kenyataan ini disiarkan melalui blognya Tun Faisal Dot Com