PAS & Harakah Hina Rakyat yang Memohon Duit BR1M RM500!


Memang mulut PUAKA betul pemimpin PAS yang juga Ahli Parlimen dari Rantau Panjang ini . Mereka anggap rakyat yang berpendapatan isi rumah bawah RM 3000  termasuk lah  penerima E-Kasih , ibu tunggal warga emas ini yang memohon wang RM 500 BR1M ini seperti kelapaq wang sogokan /rasuah!

Satu penghinaan besar dilakukan PAS yang mana memperlekehkan wang RM 500 untuk diberikan kepada rakyat yang mempunyai keluarga & tangungan . Tapi jika  Lim Guan Eng dan kerajaan DAP  beri wang  RM 100 kepada warga emas ,  punya lah  dipuji ,dijilat dan dibodek oleh  harakah & PAS ini .

Makcik di dalam gambar di atas tentu gembira bila mana kerajaan BN umumkan mahu memberi wang RM 500 untuk keluarganya . Walaupun sedikit sumbangan ini , sekurang-kurangnya ia dapat  membantu beliau menyara keluarganya.
Tetapi Ketua Dewan Muslimat PAS yang hanya di luar nampak  seperti seorang ustazah , tapi rupa-rupanya seorang manusia yang paling  tidak tahu bersyukur dengan nikmat & rezeki yang Allah berikan. RM 500 ini pun adalah rezeki dari Allah yang gerakkan hati seorang pemimpin sepertu DS Najib untuk membantu rakyatnya .


Kerajaan BN bukan seperti kerajaan DAP yang mempunyai agenda jika beri wang kepada rakyat  . Kerajaan BN tidak pernah pun  kenakan syarat  mengarut seperti kerajaan DAP di P.Pinang dalam meberi wang iaitu pengundi berdaftar di negerinya sahaja layak . GPB yakin rakyat mampu menilai & berfikir sendiri disebalik pemberian  wang BR1M ini 


KUALA LUMPUR, 12 Dis: Rakyat dinasihatkan agar sedar bahawa Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanyalah sogokan dan umpan Umno BN menjelang pilihan raya umum ke-13 yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf (gambar) berkata, bantuan sebanyak RM500 secara one off itu hanya bersifat sementara, sebaliknya rakyat akan terus menanggung beban kenaikan harga barang dan kos sara hidup selagi menyokong Umno BN.

"Jangan rakyat untung sehari, tapi rugi lima tahun kerana berada di bawah pemerintahan Umno BN.

"Fenomena pemberian one off ini sedang rancak berlaku sekarang. Ini budaya sogok yang sudah lama berlaku dalam pemerintahan Umno BN," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Siti Zailah juga berkata, rakyat terutamanya yang mempunyai tanggungan ramai tidak seharusnya terlalu teruja dengan jumlah RM500 itu kerana ianya tidak berbaloi dengan harga barang yang tinggi.

"Rakyat kena celik sikit, pemberian cuma RM500. Kalau ada anak ramai, tak cukup pun hendak membeli keperluan sekolah dan sebagainya sedangkan dalam tempoh lima tahun lagi, terpaksa melalui masa-masa sukar," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Sabtu lalu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah melancarkan BR1M di Dewan Komuniti 1Malaysia, Chemor.

Menurutnya, jumlah isi rumah yang layak itu diperoleh daripada pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan permohonan akan dirujuk semula antaranya melalui semakan pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurutnya, jumlah isi rumah yang layak memohon itu diperolehi daripada pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan permohonan akan dirujuk semula antaranya melalui semakan pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

"Kumpulan sasaran terdiri mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 bagi satu isi rumah dengan ramai tanggungan, warga emas berumur 60 tahun ke atas dan anggota keluarga berdaftar di bawah program eKasih.

Sementara itu, menyentuh mengenai Umno BN yang mempersoalkan hanya sebuah masjid berjaya didirikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, Siti Zailah berkata, apa yang harus diberi perhatian bukan kuantiti, tetapi cara masjid itu diimarahkan.

"Kenyataan BN itu menggambarkan betapa jauhnya pemimpinnya dengan ajaran Islam.

"Dalam sejarah dulu, kaum munafik mendirikan Masjid Dirar bagi menyaingi masjid yang didirikan para sahabat dan Rasulullah mengarahkan masjid itu dibakar," katanya.

Siti Zailah berkata, Menteri Besarnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih gemar mendidik rakyat negeri itu agar menginfakkan wang untuk membina masjid.

"Tok Guru Nik Aziz mahu masjid yang didirikan itu hasil kutipan derma daripada rakyatnya sendiri kerana pahala menderma untuk pembinaan masjid itu sampai ke akhirat," katanya.-Harakahdaily.net


***dipetik dari blog GENERASI PEJUANG BANGSA

0 comments:

Catat Ulasan