Pembahagian Kerusi Pakatan Rakyat?
Perbincangan kawasan Johor, Pahang, sabah dan Sarawak
ada sedikit perbalahan
Kebanyakan kawasan pencalonan Pakatan Rakyat tidak
berubah
Laporan
khas pemberita Sinchew Daily News
penulis:
Yap Chee Ping
‘Buat masa ini perbincangan sudah sampai peringkat yang
terakhir, Pakatan Rakyat berharap pembahagian kerusi dapat dikemukakan pada
tahun ini juga’
9hb Kuala
Lumpur, pihak akhbar Sinchew Daily News
mendapat tahu, kerja-kerja perbincangan dalam pembahagian kerusi dalam Pakatan
Rakyat telah pun sampai ke penghujungnya,
Kebanyakan kawasan
undi akan mengekalkan calon-calon asal untuk bertanding di tempat yang sama, kecuali
di negeri-negeri yang dianggap negeri barisan hadapan oleh Pakatan Rakyat,
seperti di negeri Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak sedang dalam perbincangan
lagi.
Seorang pemimpin
Pakatan Rakyat memberitahu pemberita kami, setakat ini perbincangan sudah
sampai ke penghujungnya, setiap negeri mempunyai 10 peratus hingga 15 peratus timbul
sedikit perbalahan, Pakatan Rakyat berharap pembahagian kerusi dapat diselesaikan dalam tahun ini juga.
Ahli Dan Pemimpin Diarah Tutup Mulut
Apabila ditanya
sama ada benar calon-calon dalam Pakatan Rakyat itu akan kekal di kawasan undi
yang lama, beliau hanya memberitahu sebahagian besarnya begitu, mereka masih
kekalkan di kawasan yang lama, selain dari itu parti-parti gabungan dalam Pakatan
Rakyat apabila ditanya semuanya tutup mulut, menunjukkan Pakatan Rakyat telah
keluarkan arahan tutup mulut, tidak mengizinkan mereka timbulkan isu secara
terbuka.
Sebenarnya dalam
isu pencalonan wakil tidak ada sebarang tarikh yang ditetapkan, apabila tiba
sahaja PRU akan ada satu penetapan lagi; saya tidak tahu sama ada di
negeri-negeri lain sudah ada kata sepakat ataupun belum. Walaupun secara amnya
telah pun selesai, ia perlu diputuskan dan disahkan oleh pucuk kepimpinan
gabungan parti dalam Pakatan Rakyat juga baru tepat, lain-lain maklumat masih
belum dapat pengesahan itu.
Seorang lagi
pemimpin Pakatan Rakyat berkata, perbincangan kerusi oleh Pakatan Rakyat telah
sampai ke peringkat keputusan dari Pusat, setiap negeri telah pun serahkan
pembahagian kawasan di setiap negeri kepada pusat beberapa bulan lepas, semua laporan
itu telah pun diserahkan kepada pusat.
Keputusan yang
terakhir akan dibuat oleh pemimpin tertinggi pusat oleh pemimpin tertinggi
gabungan 3 parti itu, iaitu kepada Datuk Seri Hadi Awang dari Pas, Datin Seri
Wan Azizah dari PKR dan pengerusi DAP Karpal Singh.
4 Negeri Baris Hadapan
Sebelum ini akhbar
ini telah membuat liputan, setiap negeri perlu kemukakan pencalonan sebelum
tarikh 15 Ogos, semua hasil pencalonan kerusi parlimen dan kerusi DUN telah diserahkan
ke pusat, tetapi DAP dan PKR sering ada kontroversi di 4 buah negeri baris
hadapan itu, mereka mahu lebih ramai ahli parti mereka dapat dicalonkan,
menyebabkan perbincangan di peringkat 4 negeri itu hadapi kebuntuan dan terpaksa
ditangguhkan.
Selain dari itu
laporan dari Berita Harian berkata, lebih kurang 60 peratus Pakatan Rakyat
kekalkan calon asal bertanding di kerusi parlimen asal, seterusnya calon-calon
asal dari parti gabungan itu bertanding di tempat yang sama; setakat ini,
negeri yang mengekalkan pencalonan asal ialah di negeri Kelantan, Pahang,
Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak, di negeri-negeri lain ada satu
atau dua kerusi akan berubah pencalonan parti
gabungan untuk hadapi pertandingan.
Ketua penerangan
Pas Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, di peringkat kepimpinan Pakatan Rakyat telah
mencapai kata sepakat, dalam pembahagian kerusi parlimen dan kerusi DUN,
Pakatan Rakyat telah selesaikan hampir 75 peratus kesemuanya.
SinchewDailyNews
Terjemahan:
RA/STA
0 comments:
Catat Ulasan