Persatuan Ulama PAS Tidak Relevan Lagi
PAS mahukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Mesej ini dinyatakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagaimana dipetik sebuah portal politik dalam ucapan dasar beliau di kongres PKR kelapan di Johor Bahru, 25 November 2011.
Harun tidak menolak, jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang dan PAS menyumbang kerusi yang banyak kepada PR, sudah tentu parti-parti lain tiada masalah untuk menjadikan Presiden PAS sebagai Perdana Menteri.
Banyak bagaimana jika PAS sendiri hanya bertanding 63 kerusi? Majoriti mudah adalah 112 kerusi? Selebihnya siapa yang bertanding? Tentu DAP. PAS akan kalahkan calon UMNO dan mana-mana calon Melayu untuk ambil kerusi. Akhirnya ini membuka peluang kepada DAP dan PKR.
Sewajarnya Persatuan Ulama perlu menjadi ketua kepada pakatan pembangkang. Jangan biarkan PAS dikuasai oleh DAP. Kalau keadaan yang ada sekarang tidak berubah, maka parti PAS bukanlah satu parti yang boleh diharapkan untuk meneruskan legasi kepimpinan orang Islam di negara ini. Hari ini Persatuan Ulama marah, esok Persatuan Ulama tunduk kembali dengan desakan DAP. Apa guna ada Persatuan Ulama dalam PAS jika hanya menjadi pak turut kepada DAP. PAS bukanlah lagi platform terbaik kepada orang Islam di negara ini. Fikirkanlah.
**dipetik dari blog ANGIN PERUBAHAN
0 comments:
Catat Ulasan