Rentetan Perbicaraan Anwar Semalam : Apa Bakal Jadi Jam 1.30 Nanti?



*harus mula baca dari bawah*

Pukul 5:09 petang
Perbicaraam ditangguhkan pada 13 Disember 2011 jam 1.30 tengah hari.

Pukul 5:08 petang
Ram Karpal merumuskan dari mana datangnya air mani dan
DNA sedangkan terdapat beberapa keraguan daripada kenyataan yang diberikan oleh Saiful Bukhari Azlan. Selain itu, prosedur daripada analisis Jabatan Kimia juga menimbulkan keraguan seperti penandaan exhibit.
Ulasan peguambela ialah merumuskan wujudnya ketidakseimbangan prosedur dan pelanggar beberapa langkah dan proseudr dalam hal pengumpulan, penyimpnan bahan bukti serta prosedur ke atas DNA yang dikatakan melanggar hak asasi dan tanpa kebenaran suspek. Tempoh yang lama untuk ambil air mani dari dalam dubur Saiful juga bercanggah dengan pakar forensik antarabangsa yang mendakwa wujudnya bias dalam ujian patologi.

Pukul 5:00 petang
Ram Karpal cabar pendakwaraya berkenaan prosedur sampel Lelaki Y kerana terdapat keraguan yang munasabah.

Pukul 4:52 petang
Sankara dan Ram Karpal berhujah mempertahankan exhibit yang ada dalam kes ini. Mereka mempersoalkanexhibit Lelaki Y yang disifatkan sebagai tampared atau planted. Bukti DNA Anwar Ibrahim seperti yang diserakan iaitu yang diperolehi daripada botol dan tuala Good Morning juga dikatakan tidak fresh.
Ram Karpal banyak menekankan bukti-bukti yang adalah hanyalah tampered dan planted atau lebih tepat lagi diada-adakan.

Pukul 4:47 petang
Saiful dipertikai kerana tidak melawan atau menolak pelawaan Anwar Ibrahim untuk diliwat meskipun dia mempunyai peluang untuk melarikan diri ketika itu. Dia juga tidak mengadu kepada pemilik premis (Hasanuddin) walaupun boleh berbuat demikian. Peguambela Anwar cuba menimbulkan kes tersebut sebagai SUKA SAMA SUKA dan cuba memperlihatkan liwat atas SUKA SAMA SUKA tidak salah.

Pukul 4:16 petang
Peguambela juga memetik kenyataan Dr. Thomas Hoogland, pakar Orthopedik yang merawat Anwar Ibrahim yang mendakwa individu yang mempunyai simptom tulang belakang dan arthritis, tidak mampu melakukan hubungan seks yang didakwa Saiful sebagai ‘rakus dan laju’.

Pukul 3:18 petang
Sankara mempertikaikan tentang tarikh/masa yang direkodkan di CCTV kerana menurutnya tiada bukti Anwar Ibrahim berada di unit berkenaan sewaktu kejadian dilaporkan. Sankara turut mempertikaikan tentang KY Jelly yang tidak pernah diuji!

Pukul 3:07 petang
Sankara Nair pertikaikan tempoh yang diambil terlalu panjang untuk mendapatkan specimen (sperma) dari dubur Saiful di mana kemungkinan tidak lagi relevan dan ada elemen bakteria. Sankara seolah-olah ingin membuktikan bahawa sperma tersebut tidak subur kerana telah tamat tempoh masa dan kerana tidak subur, maka ia tidak relevan tanpa sedikit pun mengambil kira tentang DNA yang terkandung pada sperma berkenaan.

Pukul 2:45 petang
Elizabeth Wong dan Loh Goh Burne baru kelihatan. Elizabeth Wong berbaju kurung berwarna biru.

Pukul 2:44 petang
Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK kelihatan nyenyak tidur di bangku pemerhati.

Pukul 2:40 petang
Sankara Nair menyatakan bahawa Exhibit P22 menunjukkan tiada kesan tusukan dan koyakan. Kenyataannya itu bersandarkan kepada laporan Dr. Osman dan ianya berlawanan dengan laporan Dr. Seah. Sankara tegaskan bukti proforma. Yang Sankara tidak beritahu, Dr. Osman sekadar melakukan pemeriksaan luaran dan kemudian merujukkan kes tersebut kepada doktor pakar. Dr. Seah adalah doktor pakar.



baca selanjutnya di SINI

0 comments:

Catat Ulasan