Khalid Ismath 'Sergah' @khairykj di Shah Alam?



Imej pelajar UiTM tercalar ekoran tindakan seorang pelajar Jurusan Undang-Undang Khalid Mohd Ismath yang terlibat dengan 'Demo PTPTN'. Selain terlibat dengan demontrasi jalanan, Khalid Ismath turut terlibat mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan di laman facebooknya sehingga dirinya disiasat oleh pihak berkuasa.

Mengambil kira dari kejadian-kejadian ini, para mahasiswa Jurusan Undang-Undang UiTM Shah Alam semalam mengadakan satu majlis dialog bersama Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin bertempat di Khulafa Bistro, Seksyen 7 Shah Alam malam tadi.

Program santai yang bermula pada jam 8.30 malam itu membuka ruang baru untuk mahasiswa UiTM berinteraksi bersama YB Khairy Jamaluddin dengan lebih dekat dalam suasana yang lebih santai. Majlis tersebut turut dihadiri oleh En. Wan Mohd Rahiman dari Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Shah Alam dan Exco Pemuda UMNO Saudara Tun Faisal Ismail Aziz.

Program yang dianjurkan sendiri oleh pelajar Jurusan Undang-Undang UiTM Shah Alam semalam berlangsung dalam suasana santai di mana ianya berjaya menarik minat lebih 130 mahasiswa UiTM untuk berinteraksi terus bersama YB Khairy Jamaluddin yang dianggap ikon oleh anak muda masa kini dengan lebih dekat.

Menurut Amerul Azry, salah seorang urusetia program tujuan program santai ini diadakan bertujuan membuka mata masyarakat bahawa mahasiswa UiTM tidaklah sepincang sebagaimana anggapan sesetengah pihak.

Selain itu program ini diadakan adalah untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa tindakan seorang pelajar UiTM bukanlah menggambarkan suara majoriti mahasiswa UiTM kerana kebanyakkan dari mereka masih waras dalam membuat pertimbangan berkaitan bidang politik. 


Antara foto-foto menarik yang dirakam lensa Unit Media Baru :








 LAGI FOTO MENARIK LAYARI GALERI FOTO UNIT MEDIA BARU [KLIK]


Cerita penuh menarik di Agenda Daily [KLIK]

0 comments:

Catat Ulasan