[Video Sidang Media] Esok Bantahan Filem Innocence of Muslim Di Masjid Kg Baru! @KhairyKj


Pergerakan Pemuda UMNO bersama lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komponen Barisan Nasional (BN) akan berkumpul secara aman membantah filem 'Innocence of Muslims' dan kartun dari Perancis di pekarangan Masjid Kampung Baru, esok.

Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata, lebih 5,000 orang dijangka hadir pada perhimpunan itu.
"Perhimpunan ini akan bermula selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Khairy berkata, perhimpunan aman itu jelas menggambarkan bahawa umat Islam bersama-sama rakyat pelbagai kaum di negara ini membantah sebarang usaha untuk menghina mana-mana agama.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah memaklumkan perhimpunan itu kepada polis.

SUMBER : REZQEENHILL

0 comments:

Catat Ulasan