Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan

TMK Dedah Menteri Besar Kedah Kayakan Kroni Dengan Projek #SaveKedah

Pendedahan Team Media Kedah :



Ini adalah dua dokumen dari PMBked kepada Quartzcity Global Resources Sdn. Bhd. Tentu ada yang tertanya, apa kesalahan yang dilakukan oleh Quartzcity Global Resources Sdn. Bhd. dan apa kaitannya dengan kerajaan negeri dan Pas Kedah..Lihat dokumen dibawah 

Tahukah anda Quartzcity Global Resources Sdn. Bhd. telah diberikan Direct Tender oleh PMBked sekalu wakil kerajaan negeri. Kuat betul pengaruh Quartzcity Global Resources Sdn. Bhd. ni, siapa dibelakangnya? 
Projek Balak 200 Ekar dan Kuari Batu berekar-ekar dengan mudah dia dapat. Tanpa perlu bersusah payah bersaing untuk berebut tender. 
Quartzcity Global Resources Sdn. Bhd. ni company baru, apa relevannya diberi projek besar? 
Apa kelayakkan yang dipakai oleh kerajaan negeri? 
Apakah syarikat ini salah satu syarikat kroni besar kerajaan Pas Kedah? Ada makan persen kot?? 
Bukan satu projek yang PMBKed berikan pada Quartzcity Global, banyak dan berharga jutaan ringgit. 
Apakah di Kedah ni cuma ada company Quartzcity Global? Company lain tak boleh cari makan? Sudah la diberi secara 'Direct', kemudian dapat projek bernilai jutaan ringgit, malah bukan hanya satu!! Siapa agaknya didalam Quartzcity Global ni?

Dalam Quartzcity Global, terdapat seseorang yang bernama Mohd Ikhram B. Shafie, Mohd Ikhram ni ada hubungan rapat dengan MB Kedah sebab dia salah seorang ahli keluarga mereka. Hubungan rapat yang macam mana? 
Boleh tanya MB Kedah sendiri, lihat dokumen selanjutnya [KLIK SINI]

Hudud Boleh Dilaksana Jika Persediaannya Cukup - @tunfaisal



Hukum Hudud sekejap ada sekejap tiada, setelah menyepi untuk seketika. Kini pembangkang terutama PAS kembali menggunakan hukum Allah ini sebagai modal untuk meraih sokongan masyarakat Islam.

Walhal pada hakikatnya sudah lebih enam tahun kerjasama di antara PAS dengan PKR dan DAP, sehingga kini PAS masih lagi tidak berani mengemukakan draf hudud kepada pucuk pimpinan tertinggi dalam Pakatan Rakyat.

Dari AntaraPos :


Hukum hudud boleh dilaksanakan sekiranya semua lapisan masyarakat di negara ini bersedia menerima pelaksanaannya, kata Pengerusi Unit Media Baru (UMB), Tun Faisal Ismail Aziz. 
Beliau berkata, tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang mahu menumpukan kepada beberapa perkara yang diberi keutamaan, sebelum melaksanakan hukum hudud di negara ini hanya membuktikan kebenaran yang sudah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Saya rasa dia (PR) tidak faham mengapa hudud masih tidak dapat laksanakan. Sebab faktor kesediaan, keadilan sosial dalam masyarakat masih menjadi prasyarat yang tidak dapat ditunaikan lagi sekarang ini," katanya. 
Semalam, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, tidak timbul soal PR menolak hukum jenayah Islam untuk dilaksanakan di negara ini, sebaliknya parti komponen tersebut mengambil pendekatan mendahulukan perkara-perkara utama yang dianjurkan Islam. 
Manuty berkata, proses pemahaman mengenai hudud juga perlu diberi penekanan dan keutamaan sebelum melaksanakannya, terutama di kalangan umat Islam Malaysia sendiri yang pada masa kini masih belum sempurna dan maksima. 
Dalam pada itu, Tun Faisal turut menyifatkan PKR mengambil langkah yang sama seperti PAS untuk mempolitikkan isu hudud bagi mengaburi mata rakyat bahawa parti itu turut memperjuangkan Islam. 
"Dia pun mahu mengambil jalan seperti PAS, mahu nyanyi lagu hudud menjelang PRU. Mahu menampakkan dalam PKR ini ada agenda Islam. 
"Dia memang tiada agenda pun. Sebab itu bila pemimpin PAS kata, hudud bukan agenda, DAP dan PKR yang menolak," katanya.AP



Salahuddin Ayub Hanya Bergurau - Enggan Mohon Maaf Kepada Biduanita Negara Sharifah Aini & Ning Baizura?




From The Mole :

KUALA LUMPUR: Pas vice president Salahuddin Ayub said he was merely joking when he said local superstars Datuk Sharifah Aini and Ning Baizura will join Pas.

He allegedly mentioned the names of the two popular singers in his speech at a dinner function in Tampoi, Johor last month.

“I was actually misquoted by the newspaper,” Salahuddin said.

“During the tail end of my speech I said there is a new phenomenon of artistes supporting Pas. I remember jokingly saying that hopefully Sharifah Aini and Ning Baizura will join Pas too. But it has been misinterpreted,” Salahuddin told The Mole.

In a Sinar Harian report on June 30, Salahuddin was reported to have named Ning Baizura and Sharifah Aini alongside Hairie Othman, Abby Abadi and Bob Lokman as local artistes who had expressed their support to Pas.

While Salahuddin claimed that he was merely joking, Ning Baizura was however not tickled.

Not mincing her words Ning Baizura wrote in Twitter on Thursday: “PAS sebar fitnah katanya sy Ning Baizura dah masuk parti pembangkang & sebarkn gambar sy bertudung utk drama thn lepas dr koleksi saya!” (Pas has spread lies saying that I, Ning Baizura has joined the opposition and they distributed a photo of me wearing the “tudung”. It is a picture from my collection for a drama last year!”)

Expressing her disappointment over the issue, Ning wrote in another Twitter post saying: “I love wearing tudung/hijab when the time comes i will insyaallah do it, but pls do not exploit my creativity for yr own politics” (I love wearing tudung/hijab when the time comes I will insyaallah do it, but please do not exploit my creativity for your own politics).

Further to that, Ning also wrote: "Orang Islam tak patut sebar fitnah tanpa bukti yg kukuh org Islam x payah menggunakan gambar org tanpa kebenaran itu perangai org Islam ker?" (Muslims should not slander without any concrete proof, Muslims should not use use other people's picture without permission. Is that the behaviour of a Muslim?)

Sharifah Aini too did not seem to feel what Salahuddin said was a joking matter, firmly saying that she has no intention of joining any opposition parties.

In an article by Agenda Daily on Thursday Sharifah Aini was quoted as saying: “I support the government and I have no intention to join any opposition parties be it PKR (Parti Keadilan Rakyat) or Pas.”

While Salahuddin said he was merely joking, Pas’ newsletter Harakah Daily dated July 5 had published an article that was exuberant about the prospect of the two superstars joining Pas.

The article stated if it’s true that both Sharifah and Ning are joining Pas it would make a big impact to Pas and Pakatan Rakyat.

Blogger Tun Faisal in his blog tun faisal dot com said since the two superstars had denied about them joining Pas, it was incumbent upon Salahuddin to apologise to the duo especially after using their names for Pas' political expediency.

Following the denial of the two singers, Tun Faisal described the episode as Salahuddin's continuation of Pas' tradition of slander.

Nik Aziz #MBMalas Bakal Dilaknat Kerana Tidak Peduli Kesengsaraan Pengundi di DUN Sendiri?


Siapakah pemilik mykad di atas?

Untuk pengetahuan pembaca pemilik mykad di atas merupakan salah seorang pengundi di Dun Chempaka yang diwakili oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Nik Aziz Bin Nik Mat.

Walaupun hampir 22 tahun Nik Aziz Nik Mat memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan dan memegang kerusi Dun Chempaka yang berada di bawah parlimen Pengkalan Chepa ternyata beliau seorang yang gagal menunaikan amanah yang diberikan kepadanya.

Mariam Binti Mat Deris merupakan salah seorang daripada 20 keluarga daif yang menetap di rumah usang yang mana sehingga kini tiada sebarang bantuan yang diterima daripada kerajaan negeri PAS Kelantan.


Nik Aziz ternyata gagal menunaikan amanah beliau sebagai pemimpin kepada rakyat Kg. Pulau Gajah. Ikuti tulisan blogger Double-Y :
Kg. Pulau Gajah merupakan sebuah perkampungan pesisir pantai Sabak yang terletak di bawah DUN Chempaka dan diwakili oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Nik Aziz Bin Nik Mat dan jarak perkampungan ini dari rumah Menteri Besar Kelantan sekitar 10 kilometer sahaja.

Bila kita mengatakan Menteri Besar merupakan wakil rakyat kawasan tersebut, semestinya kita menganggap rakyat yang berada di DUN yang diwakili oleh Menteri Besar sendiri akan terjaga segala kemudahan serta kebajikan mereka.


Tetapi sebaliknya berlaku di Kg. Pulau Gajah, kerana walaupun wakil rakyat mereka berjawatan Menteri Besar Kelantan selama 20 tahun segala kemudahan serta kebajikan mereka nampaknya masih tidak terbela.

Tiga hari lepas saya dan blogger 1peluru berkesempatan menziarahi beberapa penduduk Kg. Pulau Gajah bersama beberapa rakan dari Kelantan Cyber Warriors (KCW) iaitu GelombangkickAOKPersada Pasir Mas, dan Perigi Timur bagi meninjau sendiri kedaifan penduduk di perkampungan tersebut.

Sebaik sahaja tiba di perkampungan tersebut, saya amat terkejut serta tidak menyangka masih ada rakyat Kelantan yang miskin dan daif walaupun kita telah memasuki tahun 2012.
Baca selanjutnya [DI SINI] 

Sahabat Husam Musa Si Vadillo Ancaman Besar Kepada Agama Islam!


Dari Blogger Double Y :
Sehingga ke hari ini Husam Musa masih berdiam diri dan tidak menjawab 10 persoalan yang dikemukakan berhubung skandal Dinar Emas dan kemelut yang berlaku dalam Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd (KGT). 
Antara soalan yang wajib dijawab oleh Husam Musa adalah hubungan beliau dengan Umar Ibrahim Vadillo Ketua Pegawai Eksekutif KGT sebelum dilucutkan jawatan tetapi dilantik sebagai penasihat di situ.


Selain laporan melibatkan salah laku Vadillo dalam menguruskan KGT yang dibuat oleh Nik Mahani. 
Terdapat dua lagi laporan polis dibuat terhadap Umar Ibrahim Vadillo oleh mangsa-mangsa beliau. Satu kes menipu seorang pelabur dari Jepun, manakala satu lagi laporan dibuat oleh Mohamed Esfih di Balai Polis Jalan Travers, Brickfields pada 01/06/2012. 
Dalam laporan tersebut beliau turut menyatakan bahawa gerakan yang dilakukan oleh Umar Ibrahim Vadillo merupakan satu gerakan yang berbahaya kepada Malaysia.
Mengikut kenyataan Nik Mahani dalam laporan yang dibuat beliau pula, beliau turut menyatakan perkara yang hampir sama dengan dakwaan Mohamed Esfih. Iaitu Vadillo merupakan satu ancaman kepada negara dan pihak berkuasa sewajarnya memandang serius perkara ini :
Antara kandungan laporan Nik Mahani :
"Saya cadangkan Vadillo dan WIM ini dihapuskan daripada ‘mind-control’ atas rakyat Malaysia. Untuk maklumat – Vadillo adalah diberikan permit kerja bawah KGT setakat tahun 2012. Isteri beliau walaupun orang Melayu Islam Malaysia – beliau telah memilih kerakyatan Sepanyol dan telah lama tinggalkan kerakyatan Malaysia. 
Pencabulan atas kedaulatan Negara kita ini harus dipandang serius oleh pihak berkuasa kerana ia adalah juga merupakan suatu ‘ penjajahan’ kuasa tambahan pula Vadillo berhasrat mengadakan “electronic payment System” kononnya demi mengorak langkah setapak lagi dalam pengembalian D&D ini. 
Bila ini dibiarkan berlaku, WIM adalah merupakan suatu macam ‘penjajahan’ atas rakyat Malaysia kerana system mereka hanya akan menerima koin-koin yang ada logo WIM sahaja! 
Vadillo ini amat bahaya kepada Negara dan rakyat Malaysia kerana beliau merupakan seorang yang telah dilihat sebagai seorang ‘Sheikh” oleh pengikut- pengikut beliau. Beliau adalah merupakan seorang ahli satu pertubuhan “Murabitun” yang berpusat di Cape Town Afrika. 
Secara peribadi – beliau tidak memiliki akhlaq-akhlaq yang boleh dicontohi kerana beliau kurang keilmuan Syariah serta orang ramai di Kelantan banyak mengadu kepada saya beliau tidak melakukan ibadah wajib secara sempurna
Tetapi yang paling membimbangkan ialah beliau adalah seorang yang dilantik sebagai ‘sheikh’ yang menjadi ketua dalam pertubuhan mereka di Malaysia. Pengikut-pengikut mereka tersangat ‘taksub’ kepada ketua mereka.
Saya cadangkan pihak JAIS memantau pergerakan mereka ini kerana setiap hari Ahad mereka berkumpul di rumah isteri Vadillo di apartment Villa Flora untuk sesi Majlis Zikir. Saya ada mengikuti majlis zikir tersebut dan walaupun perhimpunan tersebut hanyalah melakukan zikir dan bacaan wirid, tetapi penghujung majlis tersebut disertai doa yang sangat mengidolakan Vadillo."
Jika dakwaan ini benar nampaknya Vadillo bukan sahaja terlibat dalam salah laku dalam menguruskan KGT. Beliau juga merupakan ancaman besar kepada kesucian Islam. 
Pihak berkuasa wajar menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Nik Mahani dan Mohamed Esfih. Kerana ini merupakan satu hal yang serius kerana melibatkan soal akidah umat Islam.

Husam Musa jangan mengelak, rakyat Kelantan masih menanti jawapan kamu!

PAS For All - Demi Undi Daging & Darah Babi Sanggup Mereka Redah...



Pagi tadi kita digemparkan dengan penemuan anak babi yang dikerat-kerat dan diletakkan di hadapan masjid Al-Hidayah, Sentul.

Dua hari lepas juga kes yang sama dilaporkan di Masjid Nurul Iman Bt.18, Rawang.

Bukan mahu menuduh, tetapi perkara mencabar sensiviti umat Islam ini semakin menjadi-jadi bila DAP menang dan dapat sedikit kuasa.

Lebih-lebih lagi apabila parti Islam PAS sendiri bagaikan 'menghalalkan' babi semata-mata demi meraih undi dari kaum cina.


Melihat dua keping foto sudah cukup untuk menggambarkan betapa terdesaknya PAS dalam meraih sokongan masyarakat bukan Islam, kerana mereka tahu bahawa masyarakat Islam mula jauh hati dalam menyokong perjuangan mereka yang dilihat semakin liberal.

Ditambah dengan serangan betubi-tubi dari Hasan Ali semakin membuatkan PAS semakin tertekan kerana mereka pada awalnya sama sekali tidak menyangka bahawa Hasan Ali akan tampil memerangi mereka secara habis-habisan.

Undi Islam semakin jauh terpaksalah mereka meredah ke pasar-pasar babi bersalaman dengan penjual daging babi walaupun mereka tahu bahawa babi dikategorikan sebagai najis berat dalam ajaran Islam.



Kenapa mereka tidak menunggu para penjual daging babi ini selesai urusan perniagaan mereka, lalu kumpulkan mereka di satu tempat dan dari situ agihlah angpau sebanyak mana mereka mahu?

Mungkin semua ini dilakukan atas arahan pihak tertentu, yang mahukan PAS dilihat sentiasa bersikap terbuka. Sebab itu wartawan Malaysiakini difahamkan turut serta dalam 'ekspidisi' jelajah pasar babi oleh PAS?

Nampaknya sepanjang 6 tahun berkawan dengan DAP, bukan DAP semakin memahami Islam. Sebaliknya PAS semakin hari semakin terbuka minda mereka untuk menerima apa sahaja saranan DAP.

Maka tidak hairanlah bila pasar babi dijadikan medan untuk mengagihkan angpau Tahun Baru Cina.

6 tahun hubungan PAS bersama DAP apa yang kita masyarakat Islam dapat hari ini?

Kita hanya dapat melihat kesucian agama kita diperkotak-katikkan oleh mereka hanya untuk mendapatkan undi bukan Islam...

Imbas balik artikel : 6 tahun berkawan dengan PAS - DAP masih tak faham Islam [KLIK]

Blog : DOUBLE - Y

14 Ilmuwan Agama Selar Nik Aziz Sebagai Sesat?



UMUMNYA masyarakat Islam kesal dengan dakwaan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat, bahawa 'Allah lagi samseng'. Dulu dia pernah menuduh Allah mencarut. Kemudian dia mencetuskan kontroversi 'undi PAS dapat pahala' dan tuduh UMNO sebagai 'barua'. Kenyataan kontroversi Nik Aziz kali ini mendapat reaksi spontan daripada warga agama tempatan dan Selatan Thailand. Ikuti pandangan mereka berhubung dakwaan Nik Aziz.

1) Mengikut kaedah Usuluddin, barangsiapa yang meletak sifat kekurangan kepada Allah, mereka adalah salah. Murtadlah mereka jika sampai ke tahap itu. Kita sudah tahu sifat tuhan.Sifat Tuhan tu apa? Belajarlah sifat 20. Mengikut ulama Usuluddin,kita semua wajib belajar sifat 20 itu. Banyak lagi sifat Allah Taala tidak terhingga. tetapi sifat kekurangan itu yang tidak ada pada Tuhan. Sifat samseng itu sifat mahmudah kan atau sifat mulia kah yang (Nik Aziz) nak letak kat Tuhan tu?-
Ustaz Haji Mohd Yasin Mohamad, guru agama di Kelantan.


2) Kalimah hina Tuhan tu haram, kita nak kata tak boleh. Ulama yang bercakap lagu tu kena jauhi. Tuhan jangan disekutukan dengan satu apa pun tak boleh. Kita nak kata Allah Taala serupa tu(samseng) tak boleh -
Tok Guru Haji Razak dari Pendang, Kedah.


3) Semua kita tahu belaka kata hukum menyamai sifat Allah dengan makhluk ini tak boleh. Menyamai zat Allah dengan zat makhluk tak boleh, menyamakan perbuatan Allah dengan perbuatan makhluk tidak boleh. Itu jelas tentang apa yang dilarang dalam Islam dan sampai keluarnya agama. -
Syeikh Ismail Lotfi Al-Fatani, Rektor Kolej Islam Yala, Thailand.


4) Yang sebenarnya Nik Aziz ni dari segi pengajian dia hanya faham Quran dan Hadith. Itu sahaja. Dia pula belajar di India, dia bukan alim di Mekah. Dia alim di India. Dari segi Usuluddin dia tidak mendalami. Dia mendalami dalam Quran dan Hadith sahaja. -
Ustaz Haji Abdul Aziz Abdullah, bekas imam di Pangkal Kalong, Kota Bharu.


Baca Selanjutnya Di SINI