Anwar - 9 Januari







Nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditentukan 9 Januari 2012 sama ada dibebaskan atau didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujahan semula oleh pasukan pembelaan hari ini.

Anwar, 64, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, meliwat Mohd Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Menurut Bernama, pertuduhan liwat ini merupakan kali kedua yang dihadapi Anwar. Pada 2000, beliau didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar.

Anwar disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Makkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menolak sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.


baca selanjutnya di SINI

1 comments:

  • ishak99 says:
    21 Disember 2011 pada 3:40 PTG

    Pepatah Melayu " Hidup bukan kerana doa, mati bukan kerana sumpah". Mungkin tak betul kot. Kita sentiasa mendoakan kesshjeteraan umat Islam tiap2 kali kita selaikan solat. Tetapi kita tak pernah mendoakan kehancuran umat Islam kecuali orang kafir. Semoga Allah makbulkan doa kita.

Catat Ulasan