Asal Bukan UMNO - Pengakuan PR tentang sukarnya menandingi kepimpinan DS @NajibRazak

Kapal PR makin karam, makin terdesak nampaknya


Satu lagi slogan dicipta oleh budak-budak PR bagi memastikan mereka ada bahan untuk mengejar publisiti. Asal dapat keluar muka di media, mereka akan berasa seronok. Apa nak buat, mungkin itu memang kaedah didikan Raja Drama.

Cuma, pertama, kali ini slogan Asal Bukan UMNO nampak sangat terdesak, seolah-olah mengakui hakikat bahawa PR tidak lagi diminati dan ditolak rakyat. Bunyinya macam mengakui hakikat bahawa UMNO itu terlalu sukar disaingi dan diminati, jadi apa saja yang ada di sekeliling asalkan tidak bersama UMNO mereka kutip. Macam slogan Asal Bukan MU yang dilaungkan oleh peminat bolasepak yang cemburu atas populariti dan kelebihan MU pula bunyinya.

Rakyat yang bijak tahu budak-budak PR ini terdesak. Slogan ini menunjukkan pendekatan mereka yang akan mengutip apa saja. Walaupun yang dikutip itu tidak bernilai dan tidak berkualiti, mereka tidak kisah - janji ada benda yang nak dikutip.

Ini tidak menghairankan sebab PR pernah menggunakan pendekatan yang sama pada tahun 2008, di mana mereka akan mengambil siapa saja untuk menjadi calon, walaupun tidak berkualiti dan tidak tinggal di Malaysia. Terbukti pendekatan mengutip apa saja termasuk calon hampas dan sampah menyebabkan rakyat teraniaya. Akhirnya yang berkualiti kembali kepada UMNO, BN atau memilih untuk keluar dari PR.

Kedua, ini membuktikan PR hanya rajin mencipta slogan tetapi slogan ini tidak dapat dipertahankan kerana mereka tidak mempunyai perjuangan yang jelas, keliru dan mereka sendiri tidak konsisten dan gagal mengotakan apa yang mereka janji dan perjuangkan sebelum ini. Sebab itu slogan perlu berubah-ubah.

Contoh yang paling nyata adalah Pas. Pas sudah mengubah slogan dari Nagara Islam, Pas for All (meniru Israel for All?), Negara Berkebajikan dan Pas ganti UMNO, yang akhirnya lebih tepat sebagai DAP ganti Pas kerana nampaknya seolah-olah Pas hanya `dibenarkan oleh sosialis' untuk bertanding 60 kerusi Parlimen sahaja.

Ini amat berbeza dengan gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang dimasyhurkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau amat tahu tentang hala tuju yang ingin dibawa dan sasaran yang ingin dicapai. Sebab itu, gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ini bukan sekadar slogan atau jenama, tetapi diperkukuhkan dengan `substance', iaitu lengkap dengan pelan transformasi kerajaan, ekonomi, politik dan luar bandar; dan disuburkan dengan perancangan kewangan yang konsisten melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Bajet2012.

Jelas, Datuk Seri Najib lebih konsisten dan lebih faham ke mana hendak dikemudi negara kita yang bertuah ini. Bukan sahaja visi beliau jelas, Datuk Seri Najib juga bekerja begitu keras dan menunjukkan teladan tentang bagaimana untuk memastikan matlamat gagasan 1Malaysia ini dapat dicapai. Datuk Seri Najib boleh berada di Kuala Lumpur pada waktu pagi, di Sabah pada waktu petang dan Vietnam di sebelah malam. Justeru tidak menghairankan kenapa tidak sampai tiga tahun, sudah banyak perubahan dan transformasi berlaku di dalam negara.

Sebaliknya PR nampak begitu kelam kabut. Tidak habis-habis berpolitik sehingga Menteri Besar pun terlibat di dalam demonstrasi jalanan. Maka tidak menghairankan jika di negeri PR, tidak banyak perbezaan ketara yang dapat dilihat walaupun PR telah menguasai Pulau Pinang, Selangor dan Kedah untuk tempoh yang lebih panjang sedikit dari tempoh Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri. Paling teruk adalah Kelantan yang tidak menampakkan sebarang perubahan signifikan walaupun selepas 21 tahun Pas memerintah.

Hakikat yang tidak boleh dinafikan, pemimpin PR terdidik hanya untuk mencipta berslogan - sebab itu sampai sekarang mereka terus mencipta slogan bagi menggantikan slogan-slogan yang sudah lapuk, tidak dapat dipertahankan dan tidak dapat ditunaikan walaupun selepas PR menjadi kerajaan. Sedangkan pemimpin UMNO/BN dilatih untuk berpegang kepada pendirian, konsisten dan mengotakan apa yang dijanji!

0 comments:

Catat Ulasan