GEMPAR ! Pelan 'Grand Design' Dalam Parti PKR Untuk Malukan Anwar Ibrahim!!

Semua sudah tahu tentang tindakan Ketua PKR Bukit Gelugor, Pulau Pinang, Lim Boo Chang yang umum keluar daripada parti PKR berkuatkuasa serta-merta dan kembali menyertai parti Gerakan.

Anak Lim Chong Eu itu turut menerangkan parti PKR hanya indah khabar dari rupa sahaja, banyak wayang kulit dan bohong sahaja sama seperti Anwar Ibrahim.

Apa yang menariknya ialah portal Agendadaily mendedahkan bahawa perletakkan jawatan Lim Boo Chang hanyalah tip of the iceberg sahaja di mana makin dekat dengan tarikh pilihanraya, makin ramai ketua bahagian atau pemimpin akar umbi PKR akan umum keluar parti!

Di antara laporan Agendaily:-

Ada satu grand design yang diatur oleh sekumpulan ex-PKR untuk tarik kawan lama mereka keluar dari parti tersebut, sedikit demi sedikit.

"Ramai yang hendak tinggalkan PKR sebenarnya, di peringkat akar umbi, tapi mereka tunggu the right time, makin dekat dengan pilihanraya, makin ramai yang akan umum keluar," kata satu sumber yang tahu pasal move yang dibuat ini kepada Agendadaily.

Menurut beliau, kebanyakkan yang 'tunggu giliran' itu adalah yang 'bercalar' semasa pemilihan PKR tahun lepas.

"Bila kena atas kepala sendiri, mereka mula fikir balik mengenai Anwar Ibrahim, kes liwat, video seks, dan ramai yang sudah percaya, tapi mereka tunggu masa untuk 'ajar' Anwar,"katanya.

Dari apa yang dibayangkan sumber tersebut, nampaknya krisis kepimpinan akar umbi PKR akan menjadi lebih serius lepas sambutan tahun baru nanti.

PKR berpecah teruk dalam pemilihan parti tersebut pada hujung 2010. Pemilihan yang melibatkan semua ahli di semua peringkat itu menyebabkan ramai yang rasa tidak puas hati.

Beberapa ahli Parlimen dan ADUN PKR sebelum ini juga umum keluar parti dengan macam-macam alasan, termasuk MP Bayan Lepas Datuk Seri Zahrain Hashim, MP Kulim Bandar Baru Zulkifli Nordin, MP Nibong Tebal Tan Teng Beng, MP Wangsa Maju Wee Chog Keong, dan MP Bagan Serai Mohsin Shamsuri.

Manakala ADUN pulak Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu, Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong, Adun Lunas, Md Radzi Salleh, dan Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.

Selain itu, bekas calon timbalan presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim keluar parti bersama penyokongnya sebelum ambil alih sebuah parti lain dan tukar nama jadi parti KITA sebagai tempat baru penyokongnya.- OLEH HELME HANAFI



dipetik dari blog MIM

0 comments:

Catat Ulasan