Hot! Karpal Cuba Mengugut Hakim Dalam Hujahnya Untuk Menyelamatkan Anwar?



Menerusi tweet yang dibuat oleh Nik Nazmi, Karpal dalam hujahnya cuba mengugut hakim supaya membuat keputusan yang betul kerana beliau sedang menjadi perhatian masyarakat dunia...Sudah semestinya kes liwat Anwar ini menjadi perhatian masyarakat dunia kerana tiap-tiap hari Anwar canang kononnya difitnah dan dianiaya.

Jika keputusan hakim tidak menyebelahinya, perancangannya untuk menggunakan saluran hak asasi manusia lebih mudah kerana penipuan yang dibuatnya selama ini pada media antarabangsa menggambarkan pada masyarakat dunia kononnya kerajaan Malaysia zalim.

EP harap hakim tidak akan gentar dengan ugutan yang dibuat oleh Karpal. Anwar sepatutnya telah lama disumbat ke dalam penjara disebabkan perangainya yang mengkhianati negara..apa-apa pun kita tunggu 9 Januari untuk mengetahi keputusan hakim.

**Anwar, welcome home - Penjara Sg. Buluh....


Hari ini bersambung kes perbicaraan liwat Anwar Ibrahim . Peguambela utama Anwar iaitu Karpal Singh membuka mukadimah hujahnya dengan fokus menyerang kredibiliti Saiful Bukhari . Tiada langsung disentuh tentang bukti anak guamnya tidak melakukan liwat berkenaan dan pertikaikan bukti air mani dalam dubur Saiful . 
Mendakwa mangsa liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai "no country bumpkin" kerana boleh berlagak seolah-olah tiada apa-apa berlaku selepas diliwat, kerana dapat minum bersama OKT dan menikmati "currypuff".
Selain itu, menurut Karpal, Saiful berjumpa doktor, pada awalnya hanya kerana masalah sakit perut, dan tidak dapat membuang air besar.
Karpal dalam penghujahan balasnya hanya menumpukan kepada kredibilti Saiful, kerana menurutnya kalau pihak penguambela dapat menimbulkan keraguan terhadap kredibilti mangsa, maka tiada kes untuk Anwar.
Selain itu, Ketua Peguambela Anwar itu juga membangkitkan, hubungan antara Saiful dan seorang anggota pendakwaraya, DPP Farah Maizatul Latif.
Menurut Karpal, seharusnya Saiful dipanggil untuk mengetahui hubungannya dengan DPP itu, kerana pihak pembelaan merasa sangsi, bahawa Saiful mendapat akses daripada dokumen pendakwaan.

Anwar menghadapi tuduhan liwat, jika sabit kesalahan boleh dihukum 20 tahun penjara dan sebat.

dipetik dari blog EMPAYAR PEMUDA

0 comments:

Catat Ulasan