Jangan Beri Sokongan Membawa Rebah...
Video di atas satu kesalahfahaman tentang hudud bila menulis skrip tanpa rujukan terperinci... bak kata bro Anuar Mohd Nor
(Umno-Reform) ini salah satu contoh "SOKONGAN MEMBAWA REBAH". Hudud secara politikal telah terbahagi kepada 2 entiti antara hukuman hudud yg tercatat di dalam alQuran dan "HUDUD PAS" yg digunapakai oleh parti politik yang so-called-islamic untuk meraih undi & cuma didendang menjelang PRU.
Setiap ummat Islam WAJIB menerima hukuman hudud, tidak kira di bawah parti manapun mereka berpayung. Hakikat yang harus diterima oleh PAS & UMNO adalah jumlah kerusi milik MP Islam di parlimen yang tidak memungkinkan perubahan perlembagaan untuk menjalankan hukuman hudud di Malaysia SELAGI PAS & UMNO TIDAK BERSATU! PAS sendiri harus menerima hakikat parti2 harbi & liberal yang menjadi suara majoriti dalam pakatan mereka menolak hudud secara total, situasi yang hampir sama terpaksa ditempuh oleh UMNO sejak sekian lama.
baca seterusnya di BLOG 1PELURU (klik!)
0 comments:
Catat Ulasan