Kes Liwat Anwar Ibrahim - Tuduhan Terbaru Terhadap Najib Razak!!


Karpal Singh, peguambela Anwar Ibrahim dengan tanpa malunya hari ini menuduh DS Najib Razak kononnya 'menghina mahkamah kerana menyerang Anwar memberi keterangan dalam kandang.'

Adalah amat memualkan apabila peguambela bercakap tentang 'menghina mahkamah' atau pun 'contempt of court' pada hal Anwar Ibrahim sendiri telah banyak menghina mahkamah.

Perlakuan tersebut bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negeri!

Sebagai contoh, pada 10hb Februari yang lepas, ketika berucap di forum “The Future of Democracy in the Islamic World”Anwar Ibrahim sekali lagi menghina institusi mahkamah dan kehakiman negara.Forum tersebut adalah anjuran New America Foundation, sebuah badan pemikir AS yang berpengkalan di Washington DC.

Kita boleh rujuk video tersebut : http://www.youtube.com/watch?v=XoXiDsxbYq8.

Anwar Ibrahim dengan sinisnya berkata,

“Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa, anda pasti akan dipenjarakan." KLIK SINI

Anwar Ibrahim sekali lagi mengaitkan keterangan Dr Osman dari Hospital Pusrawi yang kononnya menolak dakwaan Saiful.


Padahal, jika kita rujuk kembali laporan pemeriksaan Dr Osman, doktor tersebut tidak pernah memberi diagnosis yang mengatakan bahawa Saiful tidak diliwat!

Sebaliknya, Dr Osman hanya menulis To Rule Out (TRO) Sodomy!

TRO tidak sesekali mengesahkan sodomy tetapi pesakit perlukan pemeriksaan lanjutan ke atas komplen beliau!

MiM telah menerangkan bukti-bukti yang menunjukkan hujah Dr Osman yang tidak boleh dipakai di dalam artikel ini : KLIK SINI

Hairan kerana kenapa Anwar Ibrahim masih mahu berpegang kepada 'TRO Sodomy' Dr Osman padahal dari segi perubatan, ianya sangat jelas tidak akan membantu langsung suspek peliwat itu!



dipetik dari blog MIM

0 comments:

Catat Ulasan