Pindaan Seksyen 15 AUKU Bukti Kerajaan Iktiraf Sumbangan Mahasiswa - Datuk @RazaliIbrahim



KUALA LUMPUR, 2 Dis – Langkah kerajaan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974, bagi membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik, adalah untuk mengiktiraf golongan itu dalam proses pembinaan negara.

 Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata ini kerana mahasiswa dilihat sudah mencapai proses kematangan yang diperlukan untuk memahami erti sebenar lanskap politik yang mewarnai negara ini.

“(Memang) kecemerlangan pendidikan tetap jadi agenda utama, tapi kita tak nafikan ada mahasiswa yang dah matang, kita boleh gunakan idea dan sumbangan untuk bangunkan negara. Kalau PM (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak) jadi MP (Anggota Parlimen Pekan) ketika berumur 22 tahun, takkan nak tunggu mahasiswa habis 24 baru nak cuba.

baca seterusnya DI SINI (KLIK)

0 comments:

Catat Ulasan