Wajib Baca: Hujah Ilmiah Sebagai Jawapan Kepada Kebodohan Pembangkang!


PARTI Pembangkang yang menggunakan golongan pensyarah serta pengamal undang-undang untuk mengelirukan pemahaman masyarakat bahawa kuasa Raja-Raja Melayu telah ‘dilenyapkan’ oleh UMNO, berjaya menimbulkan kebencian orang Melayu terhadap kerajaan yang memerintah dengan melontarkan pelbagai fitnah.

Mereka mendakwa pindaan perlembagaan pada tahun 1983 dan 1993 telah menyebabkan kuasa Raja-Raja Melayu telah tiada sehingga menjadikan institusi raja yang diamalkan sejak sekian lama sebagai boneka.

Penyelewengan fakta serta sikap masyarakat Negara ini termasuk golongan mahasiswa yang seharusnya berfikiran kritis, sebaliknya bertukar kepada jumud dengan mempercayai apa yang dikatakan tanpa mempersoalkan sama ada ia fakta atau auta.

Pertabalan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dipersendakan oleh mereka dengan kenyataan ‘kurang ajar’ dari seorang ‘hamba’ kepada ‘tuannya’.

Golongan ini secara sinis menyatakan bahawa majlis itu suatu pembaziran kerana YDPA dan raja tidak ada kuasa lagi, selepas UMNO bertanggungjawab menghapuskan kuasa raja-raja Melayu.

Persoalannya, kuasa raja yang mana telah dihapuskan oleh UMNO seperti yang didakwa oleh mereka?

Bukankah pindaan perlembagaan 1983 dan 93 adalah bertujuan memartabatkan institusi raja dari menerima kecaman rakyat yang akhirnya boleh mengakibatkan institusi raja digulingkan?

Kenapa pensyarah undang-undang di institut pengajian tinggi tidak memperincikan mengapakah pindaan tersebut dilakukan?

Atau pensyarah serta pengamal undang-undang berkenaan ada agenda tertentu?

Untuk renungan, kedudukan Sultan sebagai ketua negeri dan Menteri Besar sebagai ketua kerajaan negeri, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara di peringkat Persekutuan sementara Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan.

Selaku pemegang kuasa eksekutif negara, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak berdasarkan nasihat Majlis Raja-Raja, Perdana Menteri, Menteri atau Kabinet.

Seri Paduka akan melantik anggota Kabinet dan pengarah di kementerian atas nasihat Perdana Menteri; penubuhan suruhanjaya dan jawatankuasa khas atas nasihat Majlis Raja-Raja; melantik Ketua Hakim Negara, Ketua Hakim Malaya serta Ketua Hakim Sabah dan Sarawak atas nasihat Perdana Menteri dan Majlis Raja-Raja; serta melantik Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak atas nasihat Ketua Menteri negeri berkenaan.

Namun, Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk bertindak atas keputusan sendiri dalam beberapa perkara utama tanpa memerlukan persetujuan pihak lain, termasuk dalam melantik Perdana Menteri, membubarkan (atau menolak pembubaran) Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum dan memanggil persidangan Majlis Raja-Raja.

Seri Paduka turut bertindak selaku ketua agama Islam Kerajaan Persekutuan termasuk untuk empat negeri yang tiada Sultan, tiga Wilayah Persekutuan - Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya serta ketua agama Islam untuk negeri baginda sendiri.

Yang di-Pertuan Agong juga merupakan Ketua Angkatan Tentera Malaysia dan berkuasa melantik Ketua Angkatan Tentera serta ketua tentera bagi tiga cabang ketenteraan negara, di samping berhak memberi keampunan kesalahan selepas semua rayuan di mahkamah ditolak.

Terakhir, cuba fahami Perkara 159 (5) Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah kuasa raja-raja Melayu sebenarnya yang tidak pernah diusik sejak pembentukkan Persekutuan Tanah Melayu sehingga sekarang.

Renungkan lah.

*Kalau ada lagi pencacai pembangkang yang tuduh UMNO sebagai pengkhianat Raja-raja Melayu, inilah jawapannya. Tindakan UMNO untuk menyelamatkan Institusi Beraja bukan sebaliknya.

dipetik dari blog MYMASSA

0 comments:

Catat Ulasan