Najib : Malaysia Bimbang Aktiviti Keganasan Di Gaza


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia amat bimbang dengan perkembangan keganasan yang tercetus di Gaza. 

"Kami menggesa kedua-dua pihak yang terlibat supaya menghentikan segala aktiviti keganasan itu agar tidak ada lagi nyawa orang awam terkorban," katanya menerusi entri terkini dalam blog 1Malaysia, hari ini. 
Beliau berkata aktiviti keganasan itu, sekali gus menunjukkan betapa perlunya proses perdamaian di Asia Barat. 

"Untuk itu, kami juga menggesa campur tangan daripada kuasa besar dunia bagi menjamin keamanan di wilayah itu," katanya. 

Perdana menteri berkata Malaysia juga sentiasa bersedia untuk membantu dalam apa jua keadaan agar proses perdamaian yang diharap dapat dilaksana. - BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan