DAP Terbukti Parti Cauvinis!!!


KOTA TINGGI - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar kenyataan Naib Pengerusi baharu DAP, Dr. Ariffin S.M. Omar yang mendakwa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam.

Sambil menyifatkan kenyataan Dr. Ariffin yang mengatakan orang Melayu sebagai paling korup adalah satu perbuatan tidak bijak dan sangat tidak bertanggungjawab sekali gus jelas menunjukkan parti itu cauvinis dan perkauman.

"Bila kita sebut (cauvinis dan perkauman), DAP tak mengaku tetapi kenyataan dia menuduh orang Melayu sebagai paling korup menunjukkan ternyata benar mereka bersikap demikian.

"Kesatuan perkhidmatan kerajaan dan lain-lain sudah tentu akan merasa kecewa. Tetapi sudah memang 'fiil' begitu, kalau parti itu cauvinis, datang dari mulut siapa pun di kalangan pemimpin mereka menjelmakan hakikat sebenar," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan Ariffin mengenai monopoli kaum Melayu sebagai punca rasuah berleluasa dalam perkhidmatan awam yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan semalam (Selasa).

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, adalah tidak mengejutkan dakwaan itu dibuat oleh seorang Melayu yang datang dari DAP dan menunjukkan Ariffin tidak tahu kedudukannya di dalam parti itu.

Kata Muhyiddin, DAP bukan untuk orang Melayu kerana hakikat sebenar terserlah melalui proses pemilihan parti itu baru-baru ini sehingga penasihat parti itu, Lim Kit Siang sendiri mengakui kegagalan tersebut.

"Dia (Ariffin) sudah hilang identiti, jadi bila buka mulut sama sahaja dengan Kit Siang, Guan Eng dan serupa Karpal Singh. (Timbalan Pengerusi DAP Johor) Ahmad Ton pun serupa juga kerana tidak tahu arah tuju perjuangan.

"Mungkin Kit Siang rasa apologetik (mengenai kedudukan Melayu dalam DAP) tetapi sebenarnya mengakui parti itu tidak mengira kepentingan politik, bersikap perkauman dan tidak sesuai untuk orang Melayu memperjuang nasib bangsa mereka," katanya.

Justeru, Muhyiddin menegaskan orang Melayu dalam DAP patut sedar penglibatan mereka adalah sia-sia kerana tidak diberi pengiktirafan oleh parti tersebut.

Sementara itu di PUTRAJAYA, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, mesej jelas daripada keputusan CEC itu menunjukkan konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP hanya retorik.

"Apa yang berlaku dalam parti itu sekarang ialah mereka tidak terjemahkan perkara yang dilaung-laungkan dalam ceramah dan sebagainya iaitu DAP untuk semua rakyat Malaysia.

"Mereka kata benda lain tetapi lakukan perkara sebaliknya, ini membuktikan DAP tidak menunjukkan hakikat sebenar," katanya mengulas keputusan pemilihan CEC DAP itu yang langsung tidak memilih calon dari Sabah dan Sarawak tetapi cuba tampil sebagai parti pelbagai kaum.

Menurut Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, parti yang dianggap demokratik itu juga gagal membuat pembaharuan dengan terus memilih ahli keluarga tertentu untuk mengisi jawatan tertinggi.

"Dia punya sistem kata demokratik tetapi tiada siapa di sana kecuali keluarga Kit Siang dan Karpal Singh sahaja, inilah realiti yang harus dilihat dalam pakatan pembangkang ini.

"Jangan kita terikut dengan cara mereka yang hanya berceramah dan berjanji macam-macam tapi realitinya tidak berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Shafie menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan dengan sikap cauvinis yang diterjemahkan DAP dalam pemilihan itu.

"Kalau UMNO, MCA dan MIC kita faham memang parti-parti ini khusus untuk kaum masing-masing tetapi DAP yang melibatkan banyak masyarakat tetapi bersikap demikian sukar difahami," katanya. -Utusan

0 comments:

Catat Ulasan