Deepak Dan Pembangkang Yang Kantoi!
Nampaknya, propaganda muslihat kali ini melakarkan satu sejarah baru buat pakatan pembangkang kerana begitu cepat dikantoikan.
Bukan itu sahaja, ianya telah backfired dan memalukan individu yang digunakan untuk mencetuskan cerita yang bukan-bukan itu!
Anda boleh baca entri ini yang menerangkan secara terperinci isu terbaru ini : KLIK SINI, atau KLIK SINI.
Anda baca juga laporan di bawah :
KUALA LUMPUR, 3 Dis - Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang sedang berhadapan dengan kemelut kes mahkamah melibatkan pembayaran hutang RM170 juta dengan Kuwait Finance House (KFH), didakwa telah berhubung dengan tiga tokoh pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekitar awal tahun ini dan pada Julai 2012.
Tiga tokoh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini didakwa terlibat dibalik tadbir dalam usaha mengaitkan hutang pinjaman tidak berbayar KFH dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau mendakwa isteri Perdana Menteri bakal mendapat RM26 bilion apabila keputusan pilihanraya umum yang bakal berlangsung akan memihak kepada Pakatan Rakyat (PR), yang akan mendapat 123 kerusi, manakala Barisan Nasional (BN) pula akan mendapat 99 kerusi.
Sebelum itu pada April 2011, ahli perniagaan ini pernah membuat kenyataan dalam media dan mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak akan jatuh dan tersingkir dari jawatan sebagai Perdana Menteri pada Julai 2011 mengikut pandangan guru agama beliau (Gurujee).
Ahli perniagaan ini didakwa mengenali Datin Seri Rosmah Mansor atas urusan perniagaan dalam urusniaga penjualan karpet sewaktu Datuk Seri Najib Tun Razak menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Beliau juga pernah mengaku mempunyai jalinan hubungan baik dengan kerajaan, pemimpin-pemimpin pembangkang, keluarga diraja, syarikat-syarikat kerajaan (MNCs (multinational corporations), GLCs (government-linked companies)) dan beberapa institusi dalam projek penjualan dan membekalkan karpet.
KFH telah menghentikan kemudahan pinjaman kepada ahli perniagaan ini setelah mendapati berlaku unsur penipuan dan salahgunakuasa melibatkan salah seorang pegawai kanan bank tersebut, sewaktu meluluskan kemudahan pinjaman kepadanya.
Deepak Jaikishan didakwa telah mendapatkan bantuan dan telah berjumpa dengan tiga pemimpin PKR ini. Satu pertemuan sulit berlangsung di sebuah rumah, salah seorang rakan pemimpin utama PKR ini. [BACA SETERUSNYA]
0 comments:
Catat Ulasan