Keangkuhan Parti DAP : Untuk Tatapan Penganut PAS!


DAP berkata mereka pasti akan menambah tiga kerusi Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sekadar menggambarkan keangkuhan sebenar parti itu.
  
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata tindakan itu juga membuktikan ketidaksepakatan antara parti dalam pakatan pembangkang.

Rasa diri terlalu kuat
“Saya percaya, permintaan yang dibuat ini disebabkan parti itu merasakan diri mereka sudah terlalu kuat berbanding parti lain dalam pakatan pembangkang.

“Sebab itulah mereka membuat pelbagai tuntutan termasuk meminta kerusi tambahan, sekali gus membolehkan DAP bertanding di banyak kawasan pada PRU-13 kelak,” katanya.

Beliau memberitahu demikian selepas menghadiri Program Gerak Mesra Perdana Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) 2012 di Taman Desa Rakyat Perdana di sini, semalam.
Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi percaya tindakan DAP itu juga akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan parti lain dalam pakatan.

“Saya percaya DAP membuat tuntutan itu kerana merasakan mereka kini parti yang mendominasi pakatan pembangkang. Itulah sebabnya mereka rasa perlu mendapatkan kerusi tambahan.

“Akibat tuntutan itu, saya tidak menolak kemungkinan isu terbabit juga akan menjadi asas perbalahan di kalangan parti dalam pakatan pembangkang,” katanya. [SELANJUTNYA]

0 comments:

Catat Ulasan