Kejayaan Besar Negara Yang Tidak Akan Diberitahu Dalam Ceramah Pakatan Rakyat


PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan antara kejayaan paling besar dicapai negara sepanjang tahun ini ialah berjaya melindungi negara dan rakyat daripada krisis kewangan dunia.

Perdana Menteri berkata, kejayaan itu bukan sesuatu yang kecil pencapaiannya kerana banyak negara lain di dunia berada dalam keadaan tidak menentu dan ekonomi yang merudum, namun Malaysia sebaliknya berjaya mencapai kadar pertumbuhan sederhana tinggi.

"Bukan itu sahaja, banyak pengiktirafan di peringkat antarabangasa telah diperoleh...kerana dalam keadaan dunia menghadapi faktor luaran yang begitu mencengkam, kita telah mencapai pertumbuhan ekonomi yang membanggakan.

"Di samping itu proses pembangunan negara, pembelaan rakyat, sosioekonomi dan agenda transformasi negara berjalan dengan licin dan berkesan," katanya semasa berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini. -BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan