Pemimpin MIC Digesa Manfaatkan Twitter & Facebook
KUALA LUMPUR: Pemimpin MIC pada semua peringkat digesa memanfaatkan media sosial sebagai kaedah paling berkesan untuk menyebarkan aktiviti kemasyarakatan mereka kepada umum.
Dalam gesaannya, Naib Presiden parti, Datuk S K Devamany, berkata pemimpin MIC yang sudah biasa menggunakan media tradisional sebagai platform mendekati kaum India di Malaysia, harus memanfaatkan kemudahan Twitter dan Facebook. "Bagi saya Twitter adalah cara paling berkesan untuk menyebar luas segala
aktiviti anda. Malah perdana menteri kita dan pemimpin lain menggunakannya hampir setiap hari.
"Kaedah ini terbukti berkesan sehinggakan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pun mula 'tweet' tentang aktiviti hariannya," kata Deevamany yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada kira-kira 1,500 perwakilan di Perhimpunan Agung MIC ke-66 di sini, hari ini.
Beliau menegaskan dengan menyebarkan kepada rakyat tentang aktiviti mereka keyakinan terhadap parti dapat dipulihkan, untuk mendapat mandat lebih baik pada pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan dalam masa empat bulan akan datang.
Deevamany berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri mempunyai lebih sejuta pengikut laman Twitternya @NajibRazak. -BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan