[VIDEO] : Demontrasi 'Duduk & Bantah' di hadapan JPN, Jadi Medan Mencaci


Demontrasi 'Duduk & Bantah' di hadapan Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya anjuran PKR hari ini nampaknya bertukar menjadi medan untuk mencaci dan mencerca PM DS Najib Razak selain meraih simpati politik dari kaum India oleh beberapa pemimpin pembangkang seperti Chua Jui Meng, Latheefa Kooya, N.Surendran, S. Manikavasagam.

Melalui ucapan-ucapan yang disampaikan, demontrasi yang disertai oleh 200 orang kaum India yang dibawa menaiki tiga buah bas ini lebih bermotifkan politik untuk memburuk-burukkan kerajaan demi menjayakan agenda pembangkang selain menghasut kaum India lawan dan jatuhkan kerajaan.

"Najib tipu, BN tipu, Pakatan Rakyat tak tipu" adalah laungan mereka selain poster yang bertujuan menghina PM DS Najib Tun Razak.

Malah dari penelitian saya, dapat diperhatikan dengan jelas bahawa kerajaan sebenarnya telah membantu setiap kaum India ini untuk membuat permohonan kewarganegaraan berdasarkan beberapa dokumen dan surat sokongan dari parti kompenen Barisan Nasional MIC, MCA dan Kementerian Dalam Negeri sendiri. [BACA SELANJUTNYA]

0 comments:

Catat Ulasan