PAS dan PKR Bergolak!


BERA, 12 April -- Anggota Jentera Pilihan Raya PAS Parlimen Bera mengadakan bantahan terhadap tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calon PKR yang akan bertanding di kawasan Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) selepas mengadakan sidang media di sini hari ini.

Bantahan itu dilakukan kira-kira 500 anggota PAS yang menamakan diri mereka sebagai Jawatankuasa Bertindak Bantah PKR Rampas Parlimen Bera.

Pengerusi jawatankuasa itu, Mohd Shahrul Mohamed berkata kerusi Parlimen Bera merupakan kerusi sasaran PAS Pusat untuk dimenangi pada pilihan raya umum ke-13. Menurut Mohd Shahrul lagi, mereka tidak akan teragak-agak untuk mensabotaj calon PKR jika Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengendahkan permintaan mereka.

Tambah Mohd Shahrul Mohamed, Jawatankuasa Bertindak Bantah PKR Rampas Parlimen Bera merancang untuk mengadakan demostrasi aman di hadapan Pejabat PKR di Kuala Lumpur dalam masa yang terdekat ini bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap perkara ini.

0 comments:

Catat Ulasan