Ibrahim Ali sedia jadi MB Kelantan jika BN tawan Kelantan



10 April - Presiden Pribumi Perkasa, Dato Ibrahim Ali meluahkan yang beliau sudi bertanding atas tiket BN jika UMNO inginkan bakti beliau. Bercakap kepada wartawan, Ibrahim menafikan yang beliau lebih rela bertanding atas tiket bebas berbanding BN kerana UMNO dilihat serius memujuk Ibrahim Ali dengan menggunakan khidmat Tun Dr.Mahathir.

Ibrahim yang terkenal dengan kelantangan membela nasib pribumi dilihat calon sesuai untuk diangkat sebagai Menteri Besar Kelantan jika Kelantan berjaya ditawan BN dan beliau tidak menolak jika ditawarkan kerusi tersebut. Ketika ditanya, adakah beliau akan bertanding atas tiket BN, dgn nada berseloroh Ibrahim menjawab, "tengok la macam mana.Kalau kena harga, mungkin akan bertanding atas tiket BN.." katanya sambil ketawa.

0 comments:

Catat Ulasan