Isu SMM: Aspirasi Harap @SaifuddinAbd Penuhi Tuntutan Memorandum!
Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) berharap Datuk Saifuddin Abdullah akan memenuhi tuntutan mereka berhubung isu penurunan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Dis lepas.
Presidennya Mohd Shahar Abdullah berkata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu masih mempunyai masa empat hari untuk memenuhi tiga tuntutan yang dikemukakan Aspirasi menerusi satu memorandum pada 21 Dis lepas.
"Jika Saifuddin masih berkeras tidak mahu bertanggungjawab, tidak mahu mendesak SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) dan Bebas (Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik) memohon maaf pada PM secara terbuka, kita rasa Saifuddin harus memenuhi tuntutan ketiga iaitu beliau perlu meletak jawatan," katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.
Beliau juga berkata Aspirasi akan menghantar surat rasmi kepada Saifuddin pada hari ke-15 memintanya meletak jawatan, jika Anggota Parlimen Temerloh itu tidak memenuhi mana-mana tuntutan tersebut.
Selain itu katanya, ASPIRASI juga akan mengadakan referendum dan mengumpul tandatangan semua pihak berkaitan pengajian tinggi sebagai bantahan serta memohon Saifuddin berundur.
0 comments:
Catat Ulasan