Siapa Kata Aiman Tak Kisah??? @adamadli @saifuddinabd @najibrazak

Video Aiman di bawah berjaya mencatat satu lagi sejarah bila ditonton lebih 6,000 views dalam masa tidak sampai 2 hari! Tahniah kepada mahasiswa yang bijak & rasional!



Pelajar begini yang patut menjadi idola kepada mahasiswa seluruh Malaysia... Bukan yang senang2 dikeldaikan oleh parti politik seperti Adam Adli.

Pelajar UTM, Muhammad Aiman yang turut menyertai perhimpunan aman mahasiswa pro-aspirasi di hadapan pejabat KPT, Putrajaya semalam menuntut Adam Adli yang bertindak biadap menurunkan bendera PM di bangunan UMNO supaya meminta maaf kepada majoriti mahasiswa yang tidak bersetuju dengan tindakan dan kenyataan Adam yang menyatakan dirinya mewakili majoriti mahasiswa.

Aiman turut meluahkan kekesalannya terhadap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang melayan minoriti mahasiswa yang didalangi SMM tapi tidak hadir semasa suara majoriti mahasiswa datang untuk menyerahkan memorandum kepadanya.

Aiman juga menasihatkan SMM supaya tidak lagi mengelirukan & menyesatkan mahasiswa demi fokus mereka kepada akademik.

baca seterusnya di blog 1PELURU

0 comments:

Catat Ulasan