#901 : Adakah Anwar Akan Minta Maaf??


Anwar mesti mohon maaf banyak pihak

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib memohon maaf kepada semua pihak yang pernah beliau tuduh terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya berikutan pembebasannya daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, Isnin lalu.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, sekiranya Anwar seorang yang budiman dan bermaruah, beliau seharusnya mengakui kesalahannya itu dan segera memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sistem kehakiman dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kita sudah jemu mendengar tuduhan-tuduhan liarnya menerusi ceramah, kenyataan di kandang perbicaraan dan di media yang mempertikaikan sistem kehakiman negara dengan menggelarkan ia 'mahkamah kanggaru'.

"Sekarang ini terbukti mahkamah kanggaru yang dihinanya sebelum ini adalah mahkamah yang telah membebaskan dia daripada pertuduhan liwat itu.

"Sekiranya beliau berprinsip, kenapa menerima keputusan mahkamah itu? Tiada pula tuduhan mahkamah kanggaru sekarang, sudah tukarkah?" soalnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anwar sebelum ini yang tidak putus-putus menyalahkan kerajaan, PDRM dan mahkamah kononnya wujud konspirasi menjatuhkan karier politik beliau dengan menyumbatkannya ke dalam penjara.

Justeru, Anwar perlu menunjukkan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang bertanggungjawab dengan memohon maaf kerana tindakan tersebut tidak langsung menunjukkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lemah malah menunjukkan kekuatan etikanya.

"Saya pernah meminta maaf di Parlimen beberapa kali atas kesalahan saya sebelum ini. Kenapa Anwar tidak setulus ini? Apa yang menghalangnya berbuat demikian? Rakyat mahukan pemimpin yang budiman," ujarnya. sofian.baharom@utusan.com.my

0 comments:

Catat Ulasan