Analisis Forensik : Bagaimana Sampel Sperma Kes Liwat Anwar Ibrahim Boleh Terusik?



Ramai pembaca yang menanyakan pandangan MiM tentang maksud '100 % intergriti sampel DNA tidak terusik' seperti yang telah dinyatakan di dalam kes liwat Anwar Ibrahim.

Bagi MiM, keputusan telah diberi dan kita perlu menghormatinya.

Tetapi dalam masa yang sama, sistem perundangan negara juga mempunyai Mahkamah Rayuan maka Saiful Bukhari sepatutnya diberikan peluang untuk menggunakan sistem tersebut.

Karpal Singh sendiri pernah berkata, pihak peguambela akan menggunakan kesemua modalititi perundangan untuk mempertahankan Anwar Ibrahim. Saiful Bukhari perlu begitu juga.

Ok.

Mari kita baca semula keputusan pada 9hb Januari lepas :



Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.
“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.
"Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya ketika membacakan penghakiman. 
1. Kenyataan Hakim Mahkamah Tinggi adalah kesimpulan kepada kesemua kenyataan beliau. Simple tapi perlukan penjelasan yang lebih terperinci.

2. Jika merujuk kepada laporan di atas, Hakim Mahkamah Tinggi TIDAKmempertikaikan keputusan analisis DNA yang dilakukan oleh Dr Seah Lay Hong, pakar DNA Jabatan Kimia Malaysia. Pemilik DNA memang sah.

3. Yang dipersoalkan ialah sampel DNA tersebut kerana berlaku ketidakefesienan di antara tempoh mendapatkan sampel ke atas Saiful Bukhari sehingga ke sampel tersebut diserahkan kepada Dr Seah Lay Hong.

4. Pakar DNA telah melakukan analisis ke atas sampel tersebut seperti menggunakan acid phosphatase untuk mengesahkan kewujudan sperma.

5. 'Differential Extraction' juga telah dilakukan. Differential Extraction Process (DEP) merujuk proses laboratori di mana DNA dari dua jenis sel boleh diekstrak dan diasingkan tanpa mencampurkan kandungan sel-sel tersebut.

6. Kaedah DE ini sering digunakan di dalam kes-kes serangan seksual untuk mengekstrak dan membezakan di antara sel epitelium vagina/rektum dan sel-sel sperma untuk menentukan profail DNA mangsa dan pelakunya.

7. MiM telah sediakan perincian tentang proses laboratori itu BACA SINI


8. Maksud mudah, DNA adalah daripada sperma tersebut.

9. This is where the verdict become very interesting. Jika 'sampel DNA terusik' apakah ia juga diertikan bahawa sperma itu ditukar?

10. Bolehkah sperma di atas calitan itu ditukar dalam tempoh di antara mengambil sampel daripada Saiful Bukhari sehingga sampel tersebut sampai ke tangan Dr Seah Lay Hong?

11. Sudah tentu boleh tetapi hanya jika suspek 'mendermakan' sperma yang baru atau melekat dimana-mana seperti tuala atau tisu. Sampel baru ini akan menggantikan sampel asal yang diambil ke atas Saiful Bukhari.
12. Satu lagi andaian ialah analisis DNA bukan diekstrak daripada sel sperma tetapi daripada sel-sel lain milik suspek seperti sel epitelium kulit yang diletakkan di dalam calitan asal ke atas Saiful Bukhari.

13. Satu lagi andaian yang timbul ialah 'sampel DNA terusik' bermaksud sampel itu mengalami proses degradasi dan kontaminasi. Perkara ini didebatkan di antara Dr Seah dan juga Dr McDonald di dalam mahkamah.

14. Perdebatan tersebut menimbulkan beberapa keraguan dari sudut perubatan dan forensik.

15. Dan mahkamah berpegang kepada 'proof beyond a reasonable doubt' atau pun 'bukti yang tiada keraguan langsung'.

16. Mana-mana pihak yang dapat menimbulkan keraguan, maka kes tersebut menjadi goyang.

17. Tetapi kita perlu ingat bahawa kes liwat tersebut valid untuk dibawa ke dalam mahkamah dan tidak seperti kenyataan sesetangah yang mendakwa sebaliknya.

18. So, sekarang ialah untuk memberi peluang kepada Saiful Bukhari untuk menggunakan sistem kehakiman yang sedia ada iaitu Mahkamah Rayuan.

19. Janganlah kita perlekeh-lekehkan hak beliau kerana Ketua peguambela, Karpal Singh sendiri akan menggunakan Mahkamah Rayuan jika Anwar Ibrahim didapati bersalah pada 9hb Januari lepas.

20. Please be fair.

1 comments:

  • ayah says:
    14 Januari 2012 pada 8:41 PG

    To the Bar Council and others of their ilk, what is good for the goose is not necessarily good for the gander lah...bukan?

Catat Ulasan