Anwar Diarahkan Serah DNA? Pendakwaraya Kemuka Rayuan


Kita semua sudah tahu Mahkamah adalah badan kehakiman yang bebas tanpa dikawal oleh mana mana kuasa eksekutif.Tuduhan fitnah kononnya Umno mengawal mahkamah jauh meleset apabila Anwar dilepas bebas.Penyokong pakatan sendiri mengakui sekarang bahawa mahkamah bukan dibawah kawalan Umno.

Kali ini adakah Anwar akan berani menyerahkan DNA? Adakah mereka akan menuduh Mahkamah yang membebaskan Anwar sebagai bebas jika pendakwaraya berjaya dalam proses rayuan?

Pihak pendakwaraya akan mengfailkan rayuan perkara itu disahkan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal dalam satu pertemuan eksklusif dengan wartawan nik suryani megat deraman
"Dengan segala bukti yang ada, saya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini ke Mahkamah Rayuan".
Dalam pada itu Bukhari Azlan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah.


Bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Rabu merayu Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yang membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan meliwat anaknya.

Azlan Mohd Lazim, 58, berkata, beliau akan terus bersama anaknya itu menuntut keadilan bagi mengembalikan nama dan maruah Mohd Saiful serta seluruh ahli keluarganya.

“Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan.

“Sebagai bapa, saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat pengadilan seadil-adilnya,” katanya pada sidang media di kediamannya di Bandar Utama di sini.

Dalam pada itu Azlan turut melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan.

Jelas beliau, tindakan berkenaan dilihat sebagai langkah bagi menidakkan hak seorang warganegara untuk mendapatkan keadilan sehingga ke peringkat tertinggi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

“Majlis Peguam seharusnya bersikap natural dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung.


“Mengapa Majlis Peguam selama ini tidak pernah bantah tertuduh dalam kes ini yang mengikut rekod telah mengemukakan rayuan atau permohonan sebanyak 36 kali? Ini baru pertama kali pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah mahu dihalang.


“Mengapa ‘double standard? Adakah kerana anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan seorang VIP atau ahli politik, maka hak beliau dinafikan begitua sahaja,” katanya.

Sementara itu Azlan berkata, pihaknya akan mempertimbangkan langkah seterusnya termasuk kemungkinan membuat saman sivil sekiranya Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan.

Dianya mengenai keadaan Mohd Saiful ketika ini, Azlan berkata anak lelakinya itu tabah dan menerima keputusan mahkamah dengan tenang.

“Saiful tenang sahaja, beliau kini sedang bekerja di suatu tempat di Kuala Lumpur. Kehidupannya mesti diteruskan.

“Kami sekeluarga profesional dalam perkara ini, hakim telah menjalankan tugasnya dengan membuat keputusan berkenaan,” katanya.

Isnin lalu Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat Mohd Saiful yang juga bekas pembantu peribadinya pada 2008 atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, keputusan tersebut dibuat kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa – mstar


dipetik dari BLOG PISAU

0 comments:

Catat Ulasan