Bakal Pengebom Helikopter PM Ditangkap!! Syabas @PDRMsia!!

Tak sampai 24 jam berita seorang pelajar USM mengugut di laman Facebook untuk mengebom helikopter yang membawa Perdana Menteri ke USM, polis telah berjaya menangkap pelajar tersebut untuk siasatan! Syabas PDRM! artikel sebelumnya (klik!)



Ugut letup helikopter PM: Pelajar USM ditangkap

Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya, di Georgetown hari ini.

Dalam kenyataannya pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan.

Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok. - Bernama

0 comments:

Catat Ulasan