Benarkah Ahmad Maslan Gelarkan Blogger2 Pro-UMNO Sampah??!


SHAH ALAM - Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan sebuah Facebook kononnya beliau pernah membuat fitnah dengan melabel pemblog-pemblog pro-Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai sampah.

Katanya, dalam hidupnya selama ini beliau tidak pernah menganggap dan menggelar mana-mana pihak sebagai sampah, lebih-lebih 'panglima-panglima' siber Umno-BN.

"Seumur hidup saya sudah 46 tahun, tidak pernah walau sekali menggelar, menuduh, menyebut orang atau pihak lain sebagai sampah, lebih-lebih lagi jika mereka itu membantu Umno dan BN," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen ini menambah, beliau tidak sebodoh itu dan "saya kira ini adalah cubaan untuk mencemar usaha berterusan kita sebagai satu pasukan bagi menggagalkan pihak pembangkang menawan Putrajaya."

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkata, kenyataan beliau baru-baru ini yang menyebut bahawa negara ini akan hancur jika pembangkang memerintah Malaysia, tentunya menambah usaha mereka menyerang beliau.

"Kita berjuang sebagai anak jantan yang berani mendepani lawan... Kita berjuang atas landasan kebenaran, untuk agama bangsa dan tanah air.

"Cabaran remeh Facebook ini hanya seperti batu kecil di atas lebuh raya yang nak berniat menghalang kemaraan sepasukan kereta kebal yang sedang menyambut semboyan perang," katanya lagi. -sinar harian

0 comments:

Catat Ulasan