skip to main |
skip to sidebar
Haji Hadi Nak Tipu Siapa?? Tipu Budak Tadika PASTI Boleh Laa...
Pas menegaskan pihaknya tidak pernah tunduk kepada kehendak atau tekanan mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat (PR) terutamanya DAP seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PR sentiasa mengamalkan konsep terbuka dan segala permasalahan diselesaikan dengan baik.
Menurutnya lagi, konsep ini berlainan dengan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya dikuasai oleh Umno.
"Mereka kata kita berpakat dengan DAP yang kononnya anti-Melayu, tetapi Umno pun berpakat dengan MCA yang terang menolak hudud dan MIC.
"Kita tidak tunduk-menunduk antara satu sama lain, tidak seperti MCA yang tunduk kepada Umno, Umno tunduk kepada MCA dan MIC yang tunduk kepada Umno dan MCA," katanya ketika berucap pada program Rapat Rakyat sempena Konvensyen PR kali ketiga di sini semalam.
Katanya lagi, Umno yang mewakili umat Melayu Islam dan memerintah negara ini sejak merdeka seharusnya menunjukkan sifat-sifat pemerintahan Islam.
"Mereka seharusnya menjadi contoh pemimpin Islam unggul, tapi ada pemimpin Umno yang buruk perangainya," katanya.
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut mendesak kerajaan supaya memperkasakan bahasa Melayu serta menjadikan kelebihan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai daya saing tambah negara.
"Bahasa Melayu terus dihimpit, sepatutnya bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu di negara ini dan jadikan bahasa lain sebagai aset, tetapi hari ini keadaannya jauh berbeza," katanya.
-MEDIA PERMATANG PAUH-
0 comments:
Catat Ulasan