Isu NFC : Zuraida & Rafizi Ramli Kecut Dengan Saman Shahrizat Jalil!!


Berita terbaru ialah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata beliau bersedia untuk berdepan saman dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC).Budak Rafizi Ramli itu pernah memalukan dan kantoi berbohong isu Twitter dan Facebook boss beliau, Anwar Ibrahim semasa isu video pelacur China Doll tidak lama dulu. Dan sehingga hari ini masih tidak meminta maaf kepada MiM.

Kenyataan budak itu bagi menjawap kenyataan terbaru DS Shahrizat Jalil seperti dalam laporan di bawah :

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yb Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). - UM.
Bagi MiM, kes NFC memang patut diselesaikan di dalam mahkamah. Jika ada bukti, keluarkan di dalam mahkamah. Biar ada moderator atau orang tengah seperti Hakim untuk menentukan kebenaran isu NFC.

Yang menariknya ialah, apabila isu NFC ini masuk mahkamah, tidak ada lagi yang boleh memperkata atau mempertikaikan isu tersebut lagi! Jika dilakukan, ianya bermaksud contempt of court.

Maksud mudah, setelah terdiam tentang kononnya konspirasi liwat dan kehakiman tidak adil, parti pembangkang hilang satu lagi topik untuk ceramah mereka. Kesihan!

Dan kalau boleh, naikkan lagi nilai saman tu !

0 comments:

Catat Ulasan