Jahat Giler!! Malaysiakini Spin Cerita Untuk Melaga-lagakan Jentera Siber UMNO!!



Malaysiakini menulis dalam edisi awal laporannya  - 


"Pengerusi unit media baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau tidak dapat mengawal penulis blog tertentu seperti Papagomo dan Parpukari yang sering menyiarkan tulisan berunsur fitnah di laman berkenaan."



Terima kasih Malaysiakini, khususnya kepada wartawan Salhan K Ahmad kerana membetulkan sedikit laporan yang dibuat. Walaupun saya tidak bersetuju dengan tajuk yang diberi, tetapi saya faham; tajuk penting untuk menarik minat pembaca membaca sesuatu penulisan. Saya fikir tajuk yang lebih tepat untuk artikel ini adalah "Papagomo, Parpukari blogger bebas, tidak terikat dengan peraturan unit media UMNO"

Keduanya, ada perbezaan di antara ayat, "beliau tidak dapat mengawal penulis blog tertentu seperti Papagomo dan Parpukari yang sering menyiarkan tulisan berunsur fitnah" dengan "beliau tidak dapat mengawal penulis blog tertentu seperti papagomo dan parpukari yang dikatakan sering menyiarkan tulisan berunsur fitnah di laman berkenaan."

Ayat kedua lebih tepat kerana ia tidak memberi bayangan bahawa ia merupakan kenyataan saya, sebaliknya lebih merupakan kesimpulan yang dibuat oleh Malaysiakini. Ini, pada pendapat saya, lebih dapat diterima. 

Saya siarkan di bawah artikel yang disunting semula oleh Malaysiakini sebagai rujukan para pembaca. Baca juga Nota1, Nota2 dan Nota3 sebagai rujukan untuk memahami pendirian saya mengenai artikel ini. Terima kasih.



'Unit media Umno tak dapat kawal Papagomo, Parpukari'
Salhan K Ahmad
12:04PM Jan 20, 2012

Pengerusi unit media baru Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau tidak dapat mengawal penulis blog tertentu seperti papagomo dan parpukari yang dikatakan sering menyiarkan tulisan berunsur fitnah di laman berkenaan.

Katanya, beliau tidak menyokong pandangan tertentu yang diketengahkan dalam blog berkenaan namun beliau mengakui bahawa laman berkenaan menyumbang kepada pengaruh Umno, lebih-lebih lagi ketika menghadapi pilihan raya kecil dan pilihan raya umum.

"Tapi saya lebih bimbang apabila berdepan dengan pemilihan Umno. Penulis blog ini akan bersaing antara satu sama lain. [Nota1: konteks sebenar adalah, sekarang semakin ramai ahli dan penyokong UMNO yang telah terdedah dengan media siber. Jadi saya risau jika kemahiran ini digunakan untuk memerangi sesama sendiri semasa pemilihan UMNO.]

"Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal mereka?," katanya lagi ketika ditemui di satu majlis diskusi pengguna laman blog Twitter, malam tadi.

Katanya penulis blog tersebut merupakan penyokong Umno tetapi menyifatkan diri mereka sebagai penulis blog bebas.

"Ada di antara mereka yang sangat membenci saya... mereka tidak menyukai saya, mereka tidak mahu diarah, dinasihat atau dikawal," katanya yang turut menjadi sasaran penulis blog berkenaan.

Katanya, walau beliau mengenali penulis blog berkenaan secara peribadi, individu tersebut tidak mendedahkan identiti mereka di ruang maya.

"Lainlah macam saya. Saya bertanggungjawab kepada parti," kata anggota exco pemuda Umno itu lagi yang turut mengendalikan blog tunfaisal.blogspot.com.

Dalam tulisannya di laman tersebut hari ini, Tun Faisal menjelaskan bahawa Umno tidak boleh meletakkan syarat ke atas penulis blog seperti parpukari dan papagomo kerana golongan itu bukan merupakan anggota jentera parti.

Walaupun dengan penetapan syarat tertentu, penulis blog dan 'Cybertrooper' itu juga mungkin mempunyai pendirian sendiri kerana "tidak ingin terikat dengan peraturan-peraturan tertentu."

"Apa lagi apabila kita sendiri bersetuju dengan dasar untuk tidak menapis dan menyekat kandungan di Internet.

"Dalam keadaan tertentu mereka juga mengkritik dan menyerang pemimpin BN. Jadi kenapa kita hanya diminta mengawal mereka apabila mereka mengkritik dan menyerang pemimpin pembangkang?," soalnya lagi.

Katanya, Unit Media Baru Pemuda Umno juga tidak menyokong serangan peribadi yang dilancarkan oleh kumpulan penulis blog berkenaan, seperti yang dilakukan ke atas exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong. [Nota2: kenyataan seterusnya adalah `bagaimanapun ramai di kalangan rakyat yang tidak dapat menerima perbuatan tidak bermoral pemimpin mereka dan mereka ada hak untuk memperkatakannya (termasuk di alam siber)]

ADUN PKR itu dilanda kontroversi apabila foto separuh bogel beliau tersebar di laman pro-Umno bermula Februari 2009.

Bercakap kepada Malaysiakini, Tun Faisal menjelaskan, penulis blog seperti papagomo dan parpukari telahpun meraih populariti apabila Umno mula menubuhkan unit baru itu ketika memasuki gelanggang pilihan raya 2008.

Katanya Umno telahpun jauh ketinggalan di belakang PAS, DAP dan PKR yang beralih untuk menyampaikan mesej mereka di ruang Internet apabila tidak lagi mendapat tempat di media arus perdana. [Nota3saya tidak ingat saya ada mengeluarkan kenyataan sebegini] 

Kumpulan pro-pembangkang telahpun menggunakan ruang Internet semenjak 1999 ketika slogan seperti "Mahazalim" mula timbul sebagai kritikan kepada corak pemerintahan perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita jauh ketinggalan di belakang sedangkan lanskap (perang media) telahpun berubah. Pada 2008 kita terkejut kerana ia bukan lagi sekadar tulisan tetapi kandungan multimedia digunakan.

"Fitnah semakin banyak dengan gambar dan visual. Sebab itu Pak Lah kena teruk (diserang). Ianya lebih teruk daripada (fitnah) 'zaman Mahazalim'," katanya lagi.

Semenjak dilantik mengetuai unit berkenaan pada 2010, Tun Faisal berkata beliau telah melatih seramai 1,800 orang untuk bergiat di ruang siber melalui penulisan blog dan juga menyertai laman sosial.

Secara peribadi, beliau bagaimanapun hanya mengenali seramai 27 orang daripada jumlah tersebut.

Beliau dilantik oleh ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin ke unit berkenaan untuk mendedahkan orang Umno dengan media baru supaya tidak begitu bergantung kepada media arus perdana.

Sekarang, kata Tun Faisal, pihaknya mempunyai lebih ramai pengendali media dalam talian untuk mengimbangi keadaan tersebut.

'Cybertrooper' berkenaan juga, katanya, dilatih untuk menyerang pembangkang dan juga untuk melengkapi fungsi media arus perdana yang lebih banyak melaporkan dasar dan implementasi kerajaan

"(Latihan tersebut) sama ada anda kelirukan orang atau beritahu sisi cerita yang lain," katanya lagi berjenaka.

Turut hadir dalam program diskusi pada malam tadi ialah kolumnis Malaysiakini Hishamuddin Rais, ahli parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan dan juga timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Perbincangan berkenaan antara lain bertujuan untuk mengadakan dialog yang lebih membina di antara penyokong BN dan Pakatan di ruang Twitter.

dipetik dari -BLOG TUN FAISAL-

0 comments:

Catat Ulasan