Kerja Gila... Vandalisme #BebasAnwar901 Sudah Bermula!!


Beberapa sahabat di Kedah mengirimkan foto-foto vandalisme yang berlaku di sekitar Negeri Kedah. Masih ada dua hari sebelum perhimpuan "Bebas Anwar 901" dilakukan oleh puak-puak penyokong LGBT. CTS mendapat perkhabaran dari rakan blogger KedahkeKL bahawa bangunan UMNO Kedah turut diconteng menggunakan cat,  dengan perkataan seperti "901", "Najib Turun", "Rosmah Bodoh" dan bermacam lagi. CTS akan mengemaskinikan gambar berkenaan apabila mendapat gambar berkenaan daripada mereka.

Lihatlah gambar di bawah, bagaimana kereta orang awam dan bas HBR Group of Companies dicat dan conteng oleh pentaksub-pentaksub AnuWar Ibrahim. Nampaknya pihak keselamatan seperti PDRM dan sebagainya akan bersingsing lengan untuk mengawal persekitaran Jalan Duta menjelang 901. Ditambah dengan berita pihak PDRM telah meluluskan permit berhimpun pada hari berkenaan. Kita hanya boleh mendoakan, kepada Allah jua kita berserah.


0 comments:

Catat Ulasan