skip to main |
skip to sidebar
Pengawal Keselamatan Wan Azizah : 2 Blogger Otai & Wartawan Pembangkang Silap Besar!
Sebelum ini kita kecoh dengan cerita Fayyad AlBakry, pengawal keselamatan Wan Azizah. Blogger pro-pembangkang mula mencipta kemungkinan yang tidak masuk akal dan ada yang melucukan.
Mereka mendakwa Fayaad dicucuk dengan jarum beracun.
Ada seorang bekas wartawan HarakahDaily bertweet mengatakan jantung Fayyad berhenti. Sungguh kelakar. Baca Sini
Ada juga mendakwa racun itu adalah morfin.
MiM menjawab spekulasi tersebut berdasarkan kepada pengalaman MiM sebagai doktor perubatan. Baca Sini
Ada blogger otai pembangkang yang cuba memperlekeh-lekehkan penjelasan MiM. Maka terciptalah ayat 'modified syringe' dan 'jarum lebih pendek' digunakan untuk memasukkan morfin ke dalam badan Fayyad.
Semuanya itu jelas menunjukkan blogger tersebut cuba berhujah tetapi hakikatnya blogger otai tersebut kurang faham tentang maksud MiM dan yang beliau tulis.
Dan benarlah kenyataan MiM yang tidak percaya dengan 'morfin' seperti dikatakan oleh bloggers pro-pembangkang. Pihak polis telah mengatakan bahawa keputusan ujian itu adalah negatif, darah dan air kencing tidak ada kesan benda asing termasuk racun atau dadah.
Rupa-rupanya, ada lagi seorang blogger otai pro-pembangkang yang terkantoi tentang protokol perubatan. Sila baca entri blogger pembangkang tersebut :
Blogger tersebut menulis,
"Ini kerana menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, Fayyadh keluar atas kehendak sendiri kerana ingin mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital pakar. dan pegawai perubatan memberi kelulusan untuknya keluar dengan alasan mendapatkan rawatan di hospital pakar.
Tajuk yang sesuai dan tepat sebenarnya ialah ‘Fayyadh sudah lari dari Hospital’.. ini kerana tak pernah lagi aku dengar seorang pesakit dibenarkan meninggalkan Hospital atau discharge dari wad pada pukul 2.00 pagi kecuali sudah sangat kritikal.."
Kenyataan blogger pro-pembangkang jelas menunjukkan beliau hanya serkap jarang seperti blogger pro-pembangkang yang satu lagi.
Sebenarnya, pesakit boleh keluar dari wad jam 2.00 pagi dengan syarat pesakit tersebut telah menandatangani surat 'At Own Risk (AOR)' iaitu surat pengakuan pesakit akan bertanggungjawab di atas diri sendiri jika mahu keluar hospital.
Dan jika pesakit itu 'sangat kritikal', biasanya pihak hospital tidak akan membenarkan pesakit keluar kecuali jika telah stabil dan bukannya seperti yang ditulis oleh blogger tersebut.
Maka, kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang adalah benar dan kenyataan blogger otai pro-pembangkang itu yang tidak tepat.
0 comments:
Catat Ulasan