Penyokong BN Menerima Keputusan #901 Dengan Rasional! - Tun Faisal #Fitnah2 #BebasAnwar901



Pandangan dari Pengerusi Unit Media Baru PPUM, Tun Faisal Ismail Aziz mengenai keputusan mahkamah hari ini; Anwar tidak disabitkan bersalah dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan:

1. Saya bersimpati dengan Saiful Bukhari dan mangsa rogol dan liwat lain yang berkemungkinan mahu membawa kes mereka ke mahkamah di masa hadapan. Saya rasa pelik dengan penghakiman tetapi biarlah kita baca penghakiman penuh terlebih dahulu sebelum membuat lebih banyak kenyataan.

2. Apapun rakyat Malaysia perlu mengakui hakikat bahawa sistem kehakiman di Malaysia adalah adil dan tidak berpihak.Jelas pemimpin-pemimpin PR berbohong dan memfitnah apabila mereka menuduh bahawa Hakim, mahkamah dan kerajaan BN tidak adil.

3. Berbeza dengan pemimpin dan penyokong PR, pemimpin dan penyokong BN lebih sivil dalam menghadapi keputusan ini. Bagi kebanyakan pemimpin BN, ini adalah soal dan masalah peribadi di antara Anwar Ibrahim dan Saiful. Apapun terjadi khidmat kepada rakyat dan persiapan untuk menghadapi PRU13 perlu diteruskan.

4. Sedangkan berdasarkan rekod, pemimpin dan penyokong PR hanya akan menerima keputusan penghakiman yang menyebelahi mereka. Jika penghakiman tidak menyebelahi mereka, rekod menunjukkan mereka akan bertindak luar batasan, termasuk melakukan kekacauan dan menyerang sistem kehakiman.

5. Adakah ini kemenangan rakyat? Err, Peguam Anwar, Karpal Singh pernah menimbulkan bahawa insiden antara Anwar dan Saiful adalah perlakuan suka sama suka. Jika itu kesnya, maka adakah rakyat menang jika pemimpin mereka seorang peliwat?

6. Dalam kes Anwar - Saiful, Anwar adalah pemimpin manakala Saiful adalah rakyat. Rakyat tewas?


0 comments:

Catat Ulasan