Pertemuan Sulit Bocor ! Anwar Ibrahim Atur Strategi Baru!

Anwar Ibrahim dilaporkan telah mengatur pertemuan dengan sekurang-kurangnya enam duta dari Eropah, dipercayai bagi mendapatkan sokongan sempena Kempen Bebaskan Anwar 901.

Baca di bawah :

Sumber mendedahkan, pertemuan tersebut dijangka diadakan di sebuah hotel di Jalan Kuching di sini pada hari ini atau Jumaat.

Menurutnya, difahamkan antara duta itu yang dikenal pasti adalah United Kingdom, Kanada, Amerika Syarikat, Denmark, Switzerland manakala satu lagi belum diperolehi. Turut dipercayai terlibat adalah dari Australia.

“Penasihat PKR itu dipercayai cuba mendapatkan sokongan daripada pelbagai negara, namun berdasarkan maklumat yang diperolehi, enam negara dari Eropah akan terlibat dalam pertemuan itu.

“Selain mendapat sokongan untuk kempen itu, kita percaya Ketua Pembangkang itu mungkin mempunyai agenda lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Tambahnya, pertemuan yang diatur sendiri oleh Anwar itu dipercayai dibuat kerana beliau semakin terdesak untuk melepaskan diri daripada kes dihadapinya berikutan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, selain mengheret rakyat ke jalanan, pertemuan dengan wakil negara asing itu juga salah satu daripada rancangan Anwar dalam memastikan Kempen Bebaskan Anwar 901 berjaya, sekali gus bakal menjejaskan imej negara.
MiM berpendapat satu lagi agenda beliau ialah memilih negara untuk tujuan suaka politik kelak. Anwar Ibrahim telah pun mempunyai rancangan pada 9hb Januari tersebut KLIK SINI
sumber: BLOG DR MIM

0 comments:

Catat Ulasan