Sikap budak Adam nie dah mai tahap melampau dan tidak boleh lagi diterima lagi.Apa pulak kena mengena dengan PM dan Menteri dalam kes beliau?selalunya pihak pembangkang PKR.PAS dan DAP sahaja bersikap sedemikian membuat pertuduhan sebegitu.Mungkin jugak Adam dan rakan-rakan tidak mendapat reaksi PM dan DS Hishammudin dalam demo budak hingusan ini.MKP nak bagitau kat Adam anda tidak layak mendapat perhatian dari PM atau Menteri la????????????Adam meroyan sebab Polis dah menjalankan siasatan terhadap rakan serta blogger pembangkang yang menimbulkan fitnah terhadap polis.
Al-kisah, dua orang lelaki melihat seekor itik tidur sambil berdiri dengan kaki satu.Maka berkatalah lelaki itu kepada kawannya, “Itik berkaki satu.”Kawannya membantah, “Bukanlah, itik berkaki dua!”Dia membalas, “Tidak, itik berkaki satu.”Oleh kerana mereka bercakap terlalu kuat, itik itu pun terjaga dari tidur lalu berlari menggunakan kedua-dua kakinya.“Aha, kan aku dah cakap tadi, itik kaki dua!” kata lelaki kedua itu, berpuas hati.Balas lelaki pertama, “Ah, kalau dah berlari, itik boleh berkaki tiga!”Begitulah politik kita. Berikanlah hujah apa sekali pun. Tunjuklah gambar atau video apa sekali pun, sebahagian kita hanya mahu dengar dan percaya apa yang dia mahu dengar dan percaya.Walaupun kita sering melaungkan kita lebih arif dan terbuka berbanding generasi terdahulu, saya tak fikir kita cukup terbuka.Kita selektif membaca blog atau tulisan yang serasi dengan pendapat kita saja.Politik itik kaki tiga memang dah lama wujud dalam masyarakat kita. Kita bukan nak cari kebenaran.Kita hanya nak menang hujah; walaupun dalam proses nak menang hujah itu kita akan berkata itik kaki tiga! dipetik dari blog nobisha
0 comments:
Catat Ulasan