Siswa USM Dedahkan Dalang Sebenar 'Mahu Bom Helikopter Najib'!!

Sebelum ini Mim telah menulis tentang keterlebih pandaian seorang siswa USM yang mahu 'bom helikopter Najib' Baca Sini

Berita terbaru tentang siswa keldai itu ialah beliau telah dilepaskan oleh pihak polis untuk menduduki peperiksaan.

MiM bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang bahawa walau apa pun niat siswa itu, tidak bermakna beliau boleh menulis apa sahaja termasuk 'mahu bom helikopter Najib'. 

Mungkin siswa tersebut sedang stress minggu ulangkaji pelajaran tetapi janganlah sengaja menyusahkan diri.

Freedom of speech tidak sepatutnya disalahgunakan terutamanya tentang keselamatan rakyat negara ini. .

Laporan berita :
GEORGE TOWN 16 Jan. - Polis melepaskan dengan jaminan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat kenyataan berbaur ugutan di laman sosialnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, polis membebaskan pelajar terbabit selama sebulan tetapi boleh memanggilnya pada bila-bila masa sekiranya perlu bagi membantu siasatan.

"Dia adalah pelajar tahun keempat jurusan kejuruteraan, dan sedang menduduki peperiksaan. Polis membebaskannya bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan hari ini,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Pelajar berusia 24 tahun itu dikatakan telah membuat kenyataan untuk meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri dalam lawatannya ke USM minggu depan.

Dia ditahan pada 1.30 petang semalam selepas polis mendapat maklumat mengenai kenyataannya itu. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperutukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ayub berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan, pelajar itu mengakui kenyataan itu dibuat dengan kehendaknya sendiri dengan niat bergurau.

"Kita bukan hendak menyekat kebebasan bersuara tetapi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab sepatutnya dia tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara dan penggunaan Internet sehingga boleh menimbulkan kekecohan dan kemarahan pihak lain.

"Perkara seperti ini sesuatu yang serius dan tidak boleh dianggap main-main, ia melibatkan keselamatan pemimpin negara dan secara tidak langsung orang awam yang lain juga,” katanya.

Ayub berkata, polis masih meneruskan siasatan mengenai latar belakang pelajar itu serta hubungannya kerana dikhuatiri mempunyai kaitan dengan anasir-anasir subversif.

Setakat ini terdapat tiga laporan polis dibuat oleh pihak-pihak yang membantah tindakan pelajar itu. — BERNAMA
Jika merujuk kepada laporan di atas, siswa itu mendakwa hanya bergurau tanpa disuruh. Walaubagaimana pun, pihak polis mempunyai hak untuk menyiasat kerana ianya melibatkan keselamatan negara. 

Semoga isu ini menjadi pengajaran kepada kita semua termasuk MiM sendiri
-BLOG MIM-

0 comments:

Catat Ulasan