DS @NajibRazak Yakin BN Sapu Bersih DUN Terengganu!!


Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula kerusi-kerusi yang dikuasai Pas di negeri ini, termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Perdana Menteri percaya ia boleh menjadi kenyataan jika semua pemimpin dan ahli UMNO dan Barisan Nasional sepakat membantu usaha mengangkat setiap calon yang dipilih.

Sehubungan itu, semua pemimpin UMNO di negeri ini harus mengikis gejala 'bentes- membentes' sesama sendiri demi perjuangan parti dan BN.

"Saya tetap yakin kita ada harapan untuk menang semula kerusi Batu Burok pada pilihan raya nanti. Kita akan kerja kuat, cuma saya mahu puak-puak kita bersatu, jangan bentes dan ini kena jaga.

"Kalau bersatu, insya-Allah kita boleh menang untuk laksanakan cita-cita besar negara," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman di sini hari ini. -utusan

0 comments:

Catat Ulasan