SHAH
ALAM, 28 Feb – PAS bersedia untuk mengisi jawatan timbalan presiden
parti itu daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan,
berikutan dasar parti itu yang mengalami transformasi yang lebih
terbuka.
“Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik. Ada ijtihad
yang boleh berubah dan tidak boleh berubah. Kami bersedia menerima
jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya
keadaan memerlukan.
“Perkara urus tadbir dalam Islam sangat terbuka dan PAS menegaskan,
kami masih parti yang berteraskan agama dan sedang mengalami
transformasi yang besar, PAS bukan sahaja menampilkan bangsa Melayu,
tapi sesuai untuk semua bangsa,” kata Ketua Pegawai Penyelidikan PAS
Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ketika Wacana Sinar Harian yang bertajuk
“Kenapa Undi Melayu Pecah?” di sini.
Tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini lagi, Umno tidak dapat
menerima transformasi yang ditonjolkan parti itu kerana Islam Umno
adalah berdasarkan kaum.
“Islam menurut amalan Umno adalah Islam berteraskan perkauman. Islam
Umno adalah Melayu, sedangkan PAS bersedia menerima pemimpin yang bukan
Islam dan kami membawa penampilan Islam untuk semua,” katanya lagi.
“PAS bukanlah terlalu taksub,” tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini lagi.
Tambah Dzulkefly, berdasarkan transformasi itu, PAS juga berjaya
menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada kalangan rakyat
bukan Islam.
“Buktinya sudah jelas, PAS bukanlah bersifat rigid, sebaliknya rakyat
bukan Islam juga turut memahami matlamat dan perjuangan kami yang
berteraskan keadilan dan mengamalkan dasar Islam yang lebih terbuka,”
tambahnya lagi.
Wacana ke-11 hari ini turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Perkasa
Ruslan Kasim, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat, dan
Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng.
-TMI
Salam Sahabat Seperjuangan,
Mohon link ke blog kami
http://selangor13.blogspot.com
Terima Kasih :)