Kenapa Lim Guan Eng Bangga Sangat Dengan Angka 7,000??
Kira-kira 7,000 penduduk di negeri ini didakwa tidak mampu memiliki rumah sendiri dan terpaksa hidup menumpang kerana harga kediaman yang melambung tinggi sejak kebelakangan ini.
Kebanyakan mereka terutamanya orang Melayu menumpang di tanah wakaf, tanah kerajaan negeri atau tanah individu dan hanya menunggu masa untuk diusir keluar sekiranya kawasan tersebut dimajukan pemiliknya.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, keadaan menyedihkan itu sudah lama berlaku atas pelbagai sebab termasuk penjualan tanah oleh pemilik asal.
Katanya, kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah mengambil langkah membangunkan beberapa kawasan terutama bahagian pulau dengan membina rumah mampu milik sama ada jenis pangsapuri kos rendah atau sederhana.
“Malangnya, sejak kerajaan negeri bertukar tangan kepada DAP, pembangunan rumah mampu milik terbantut.
“Ramai penduduk di sini terpaksa berhijrah ke negeri Kedah dan utara Perak apabila tanah yang mereka diami diambil semula oleh pemiliknya selain harga rumah yang tinggi,” ujarnya pada sidang akhbar selepas menziarahi seorang warga emas di Tanjong Tokong di sini semalam.
**Sebabnya kebanyakan mereka yang menumpang itu terdiri daripada orang Melayu yang hedak dihalau keluar ari Pulau Pinang...
0 comments:
Catat Ulasan