PASTINYA kerana mahu melindungkan bangkai seekor gajah di sebalik sehelai daun lalang dan mahu menegakkan benang basah kerana menyamakan Mursyidul Am Pas, Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi, maka Shamsul Zaman Sukri @Ustaz Budak telah menserupakan ulama dengan nabi.
Tindakannya menserupakan Menteri Besar Kelantan itu dengan nabi yang mana bagi Pengasas Pusat Pengajian Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Haji Abdullah Sa’amah boleh membawa kufur, pastilah kerana Ustaz Budak itu terlalu taksub dan ditaksubkan dengan Nik Aziz yang pasti dianggap ulamak bagi sekalian ulamak.
Kalau seorang ilmuan yang dikatakan hafal Mustika Hadis boleh taksub melampau dengan ketokohan Nik Aziz yang darjat resminya sekarang dalam kerajaan yang diketuainya adalah Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, maka apatah lagi di kalangan pendukung dan penyokong Pas yang bacaan al-Fatihah pun belum tentu betul, malah sesetengahnya nak baca jawi pun tak reti.
Nik Aziz berstatus ‘Tuan Guru’ hanya setelah beliau dilantik sebagai Menteri Besar. Sebelumnya beliau berstatus ‘ustaz’. Status ‘Tuan Guru’nya lebih terkemudian dari Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang (kini Presiden Pas) walaupun Nik Aziz jauh lebih tua dari Haji Hadi yang memiliki pusat pengajian pondok di Marang, Terengganu.
Lazimnya gelaran ‘Tuan Guru’ distatuskan kepada mereka yang menjadi ketua kepada pusat pengajian pondok. Nik Aziz tidak pernah menjadi ketua kepada tenaga pengajar pusat pengajian pondok walaupun beliau tinggal dalam kawasan pusat pengajian pondok yang diasaskan oleh ayahnya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar.
Beliau pernah mengajar sekolah buta (sekolah untuk celik-hurufkan orang dewasa) yang terletak dibawah Jabatan Kemajuan Masyarakat, kalau sekarang ini (KEMAS), di samping menjadi ‘ustaz’ di Maahad Muhammadi sebelum dipilih bertanding di Kawasan Parlimen Kota Bharu Pantai/Hilir (sekarang Pengkalan Chepa) atas tiket Pas apabila diadakan pilihanraya kecil kerana kematian wakil rakyat kawasan berkenaan, Haji Ahmad Perai pada tahun 1967.
Nik Aziz
Sebenarnya penstatusan Nik Aziz dengan ‘Tuan Guru’ adalah bertujuan dan berkepentingan politik. Ianya dari idea Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang kini adalah Ahli Parlimen Kota Bharu yang ketika itu merupakan Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan dan juga Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan supaya Kerajaan Pas Kelantan nampak Islamik.
Penstatusan itu dari sudut keperluan dan kepentingan politik sangat sesuai dan amat kena dengan tujuan perjuangan Pas yang mahu mewujudkan pemerintahan secara Islam dan sesuai dengan slogan yang lebih bersifat retorik yakni Membangun Bersama Islam apabila rakyat Kelantan kembali memberi mandat kepada Pas memerintah Kelantan setelah Pas disembelih dan dilapah pada pilihanraya umum ke-5 (1978).
Apabila beliau menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Wan Abdul Rahim telah menggezetkan status ‘Tuan Guru’ sebagai nama resmi Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan. Walaupun beliau seorang aktivis Pas tegar, namun Wan Abdul Rahim bukan berpendidikan agama, apatah lagi bertaraf ilmuan Islam. Sebaliknya beliau adalah seorang ahli politik yang mendapat pendidikan tinggi sekular.
Wan Rahim adalah orangnya yang memberi status ‘Tuan Guru’ kepada Nik Aziz yang kini Nik Aziz telah diserupakan dengan nabi oleh Shamsul Zaman Sukri@Ustaz Budak. Sedalam dan secumak mana ilmu Ustaz Budak berbanding dengan para ilmuan Islam yang masih hidup pada waktu ini terutama di negara ini, termasuklah para mufti, sukar untuk dipastikan.
Bagi penulis walaupun Nik Aziz tidak dinabikan dan hanya sekadar diserupakan dengan nabi semata-mata kerana Nik Aziz dianggap sebagai ulamak adalah sesuatu yang tidak patut dan boleh mempunah-ranahkan akidah, malah penulis boleh bersetuju dengan pengasas Pusat Pengajian Pondok Geting, bahawa penyamaan itu boleh menyumbang kepada kufur.
Nik Aziz sendiri menegaskan beliau tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan Ustaz Budak, malah beliau juga berpandangan bahawa sesiapa yang menyamakan beliau dengan nabi adalah kufur. Beberapa orang mufti, termasuk Mufti Kerajaan Kelantan Dato’ Muhamad Shukri Mohamad mahukan Ustaz Budak bertaubat.
Hakikat dan natijahnya ulamak dengan nabi tidak sama walaupun fungsi dan peranan keduanya seakan serupa, yakni sama-sama mengajak manusia ke syurga dan jauhkan diri dari neraka. Darjat dan status nabi terlalu tinggi untuk disamakan dengan manusia biasa kerana nabi adalah insan terpilih dari yang terpilih.
Nabi maksum sifatnya, yakni bersih dari dosa tetapi ulamak tidak. Nabi tidak ada yang dinerakakan tetapi ada sirah yang mengatakan ada alim ulamak/orang alim yang masuk neraka kerana dosa yang dilakukan. Nabi dan rasul menerima arahan dakwah terus dari Allah dalam bentuk wahyu, termasuk melalui Jibril yang suci dari dosa sedangkan ulamak menerima ilmu dan membina kealiman serta ketakwaan dari guru-guru di kalangan manusia yang tidak maksum macam nabi.
Penulis yakin Ustaz Budak yang masih budak silap pemahaman, maka beliau meserupakan antara ulamak dengan nabi sebagaimana ramai di kalangan orang politik, terutama orang Pas yang keliru dengan menganggap menolak Pas bermakna menolak Islam dan menolak Islam adalah menolak Pas atas alasan politik tidak boleh dipisahkan dari agama.
Memang betul politik tidak boleh dipisahkan dari agama tetapi bukannya parti politik atau politik kepartian. Antara politik dengan parti politik atau politik kepartian adalah dua perkara yang berbeza. peranan dan fungsinya tidak sama walaupun sebutannya agak serupa.
Politik adalah cara, pendekatan atau teknik atau taktik manakala parti politik atau politik kepartian adalah wadah atau alat, wadah atau wasilah bagi mengeksploitasi dan memanipulasi cara, pendekatan, teknik dan taktik ke arah mewujudkan pemerintah yang merupakan suatu keperluan dalam kehidupan.
Wan Rahim
Sesungguhnya Allah dan rasul pun berpolitik tetapi Allah dan nabi atau rasul tidak berparti politik atau berpolitik kepartian. Penciptaan Adam a.s. adalah antara politik Allah untuk menguji ketaat-setiaan malaikat, syaitan dan iblis dengan meminta Adam a.s. diterima sebagai ciptaan yang serba istimewa,
Malaikat akur dengan perintah Allah tetapi syaitan dan iblis ingkar. Kalau Adam a.s. tidak dicipta, makhluk ciptaan-Nya yang lain tidak akan tahu sejauh mana kesetiaan syaitan dan iblis kepada Allah. Secara politiknya Allah telah mendedahkan kepada makhluk-Nya feel perangai syaitan dan iblis laknatullah.
Ertinya kalau mahu menjadi makhluk yang dimurkai, maka jadilah macam syaitan dan iblis manakala jika mahu jadi makhluk yang dikasihi Allah, maka jadi baiklah macam malaikat. Untuk dapat bezakan yang baik dengan yang jahat, dosa dan pahala, Allah utuskan nabi dan rasul serta kitab, termasuk al-Quran untuk memberi penjelasan dan rujukan.
Kalau dihayati, dalam menegur Rasulullah s.a.w. yang asyik mendakwah pembesar Quraisy yang enggan terima Islam sehingga mengabaikan Ibnu Maktum yang buta dan daif yang datang untuk mendapatkan formula bagi meningkatkan tahap keimanan dan ketakwaannya, Allah berpolitik dalam membuat dengan memulakan firman-Nya dalam
Surah Abasa yang bermaksud
“Hai orang yang memalingkan mukanya……”
Rasulullah s.a.w. juga berpolitik tetapi tidak berparti politik. Perkahwinan baginda dengan Siti Khadijah Binti Khuwalid yang merupakan seorang armalah dan lebih tua dari baginda adalah merupakan antara politik Rasulullah s.a.w. kerana terbukti Khadijah banyak membantu dan memudahkan kerja dakwah baginda. Selain dari berketurunan bangsawan Quraisy yang disegani, Khadijah adalah tokoh korporat Kota Mekkah yang hebat dan menjadi orang pertama mempercayai kenabian dan kerasulan Rasulullah s.a.w.
Penghijrahan baginda dari Mekah ke Madinah, pembinaan Masjid Quba, mempersaudarakan kaum Ansar dengan Muhajirin serta perjanjian kerjasama dengan qabilah-qabilah kaum Yahudi yang tidak menerima Islam adalah merupakan antara politik Rasulullah s.a.w. dalam menjalankan tugas-tugas kenabian dan kerasulan baginda.
Baginda juga berpolitik dalam usaha memasuki Kota Mekah dengan datang ke Mekah dari Madinah tanpa membawa sebarang senjata, sudahnya baginda dapat memasuki Mekah dan Islam berjaya disebarkan dengan meluas manakala berhala-berhala di sekeliling Ka’abah dimusnahkan.
Tidakkah Islam boleh dinamakan parti politik kepada Rasulullah s.a.w. atau apakah tidak boleh Pas distatuskan sebagai jelmaan Islam, sebagai wasilah, perkakas dan wadah bagi memastikan kedaulatan Islam terus terpelihara?
Bagi penulis jawabnya tidak boleh. Ini adalah kerana untuk menjawat jawatan nabi dan rasul, baginda Junjungan Besar tidak melalui proses pengundian, tidak berkempen, apatah lagi memaki hamun lawan untuk menangi jawatan, sedangkan Pas adalah sebaliknya dalam memilih kepimpinan.
Justeru kalau ada politik yang mendakwa menyokong dan mengundinya mendapat pahala dan menolaknya berdosa, maka ianya adalah dakwaan palsu dan kesilap-fahaman yang sangat jelas antara politik dengan parti politik atau politik kepartian sebagaimana kesilap-fahaman dengan ulamak dianggap sama dengan nabi atau individu berkaitan sengaja buat-buat tidak faham demi keperluan dan keuntungan poltik kepartian.
Kalau para sahabat pun tidak ada yang disamakan dengan nabi, siapa Nik Aziz untuk disamakan dengan nabi? Mana lebih ulamak antara para sahabat dengan Nik Aziz. Betulkah Nik Aziz teralim dari yang teralim pada dekad ini dan siapa yang membuat pengiktirafan tentang kealiman Nik Aziz sedangkan kerap kali ungkapan dan bahasa yang digunakannya tidak mencerminkan beliau seorang yang alim dan takwa, kecuali di kalangan mereka yang mentaksubinya.
Sesuungguhnya bukan sedikit orang alim yang sesat kerana terlalu ditaksubi oleh pengikut. Pengasas agama Sikh asalnya orang Islam yang alim dan pakar al-Quran, pun demikian dengan pemimpin tariqat Ahmadiah dan sebagainya. Kerana itulah kita jangan terlalu yakin bahawa apa yang kita buat adalah betul kerana kemungkinan apa yang kita buat yang kita sangkakan perbuatan ahli syurga sebenarnya kita melakukan perbuatan ahli neraka manakala orang yang kita sangka melakukan perbuatan ahli neraka sebenarnya melakukan perbuatan ahli syurga.
Justeru itu orang ramai kena yakin bahawa menyamakan Nik Aziz dengam nabi ianya adalah suatu kekufuran yang nyata, orang yang melakukan kekufuran itu perlu bertaubat nasuha, malah bertanggungjawab untuk mengajak kalangan yang percaya dan taksud dengan apa yang diungkapan bertaubat nasuha.
KEUNTUNGAN BERLEBIHAN DIANGGAP RIBA?
-
Islam mengharamkan riba. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah telah
menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.” (Surah
al-Baqarah, ay...
Re:
-
I am Fredrik Persson from Sven-TGI Capital, representing a group
of investors and politicians with access to over US$5 billion. We
are seeking opportunitie...
Claim your 5% discount code now.
-
Save 5-10% at Express Pharmacy
Dear customer, here is the price of our drugs with coupon:
Medication Price:
Cialis $0.54 / pill
Viagra $0.27 / pill
Lev...
KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Penamaan Calon Pru 14 DUN Gombak Setia N17
-
Nampak Hijau dan Biru Muda jer ingat Biru BN takde tadi rupanya ada sampai
kebelakang....
Sekitar penamaan Calon Pilhanraya PRU14 bagi Parlimen Gombak P98,...
MUHYIDIN MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI
-
_28 FEB 2017 | 01 JAMADILAKHIR 1438H_ *KENYATAAN MEDIA* *Ab Aziz Kaprawi*
_Ahli Majlis Tertinggi UMNO_ _Ketua Bahagian UMNO Sri Gading_ *MUHYIDDIN
MASUK BA...
Mohon @PDRMsia Mengambil Tindakan Keras.
-
Bukan main aktif pulak puak-puak dajjal ni menjalankan kerja keji dekat
media sosial ni. Aku pon hairan kenapa mesti kene buat benda macam ni.
Negara kita ...
Naib Canselor Universiti Malaya Letak Jawatan?
-
Assalamualaikum.
Hari ini Middle Voices mendapat info bahawa Kumpulan Pelajar UM8 yang
berkhemah bak gelandangan di luar pintu pagar Universiti Malaya tela...
Pilihanraya Kampus (PRK) Kembali Ke Kampus Anda
-
PRK 2013 kini mula menerjah ke seluruh IPTA. CST yang sudah lama tidak
menulis kini kembali melaporkan keadaan-keadaan kampus yang akan dan
telahpun melalu...
HOT: Tarikh Pilihanraya Kampus Terbongkar
-
SMS rasa majoriti pelajar dah tahu mengenai tarikh pilihan raya
kampus(PRK), tapi yang peliknya. surat khabar mana yang keluarkan tarikh
ini? jika ada da...
PELAJAR TUNJUK PUNGGUNG TAMPIL MINTA MAAF!!!
-
salam semua, budak biadap nak mohon maaf kat PM. Agak-agak lah bro biadap
sampai macam tu!!!
Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melo...
# TUSUK 28 # Pelajar UPSI Jatuh Bangunan ???
-
AL FATIHAH
Fatimah Mina Binti Md Juferi
Semester 4
Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Minor Bahasa Arab
Berasal dari Bakri , Muar
PNGS 3.57
Marilah k...
Your MetaMask wallet will be suspended.
-
Dear Customer,
We noticed that someone just tried to log in to your MetaMask from location
you have not used before, so we want to make sure it's really...
Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku
-
DAULAT TUANKU
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah
Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Ag...
JAJARAN BAHARU SEBAGAI STRATEGI POLITIK AMPUH ZAHID
-
Manusia hanya merancang Allah jua yang menentukan. Siapa sangka BN boleh
kalah PRU14 lepas? Siapa sangkat PAS dan UMNO boleh tubuhkan MN? Siapa
sangka PH h...
PERJUANGAN UMNO TIADA PENGHUJUNGNYA..
-
- TERKINI
- PAU 2020
- INFO
- MUAT TURUN
- BERITA UTAMA
- BERITA LAIN
- RENCANA
- GALERI FOTO
- LIVE
Type your search query ...
Tahun Baharu : Jajaran Politik Baharu?
-
Hari pertama tahun 2021, artikel ini panjang dan tidak sesuai untuk bacaan
mereka yang tiada "political wisdom".
Situasi negara masih tidak stabil keran...
MENGAPA DAP CUKUP ANTI DENGAN DATUK SERI NAJIB?
-
Dalam sidang hari ini, Ahli Parlimen DAP Labis, Pang Hok Liong, meminta
Perdana Menteri “menyatakan keadaan-keadaan istimewa (special
circumstances) seoran...
BILA PEROMPAK MENGADU DIA DIROMPAK!!!
-
Bunyi macam tak masuk akal. Tapi hakikatnya, itulah yang sedang berlaku di
Sabah pada ketika ini. Shafiee dakwa Musa Aman sedang merampas hak rakyat
Saba...
APA OPTION PALING BAIK YANG TSMY BOLEH PUTUSKAN?
-
Ketika termetrinya Piagam antara UMNO dan PAS, ramai yang menitis airmata.
Terharu dan gembira, bercampur baur perasaan. Berpuluh tahun bersengketa,
akhi...
LAFAZ AMPUN MAAF AHLI PPBM
-
Kami, ahli-ahli UMNO telah mendengar permintaan kamu dan di bawah ini kami
drafkan LAFAZ AMPUN MAAF untuk dibacakan oleh Tun Dr Mahathir dan ahli-ahli
Ppbm...
TUN SAKARAN DANDAI MEMBUAT KEJUTAN DI SEMPORNA
-
I was very shocked with a new video clip that has emerged attributed to
YABhg. Tun Sakaran Dandai, former Sabah Chief Minister and minister in the
feder...
Marhaban Ya Ramadhan
-
Marhaban ya Ramadhan
Salam Ramadhan Kepada Seluruh Muslimin dan Muslimat. Di bulan yang mulia
ini marilah kita perbanyakan amalan dan ibadah kita kepada A...
AZMIN CHRONICLE : GAME OF THRONES (PT.2)
-
Apa bezanya bekas menteri besar, Khalid G, dengan yang baharu Mohamed Azmin
Ali?
Sepanjang pemerintahan Khalid G beliau dan seluruh pentadbiran kerajaan...
6 Projek setakat Ini Kuala Besut
-
Salam 1 Malaysia...
Apa Khabar warga Kuala Besut..? jangan lupa ya..Nanti Undi BN untuk
memudahkan kami merealisasikan projek-projek yang kami janjikan....
SPENDA INI MEMBUNUHKU!! - MUSTAFA ALI
-
Seorang lelaki miskin akan berkahwin dengan gadis pujaan hatinya, namun dia
teringin sekali memiliki spender baru. Kerana ketiadaan wang yg habis
dibela...
BloggerUMNO
-
asalam...blog ini aslnya owner kepunyaan Cybertroopers UMNO under Media
UMNO.. xperlu di tnya mcm mna blog nie telah beralih tuan.. tpi saya nk
tnjukn pada...
WANG EHSAN RM100 : MASIH BELUM ADA PENJELASAN
-
Selain daripada bangsat Ng Wei Aik, Amir Ghazali dari PKR dan Yusni Mat
Piah dari PAS telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Mala...
0 comments:
Catat Ulasan