PAS Makin Terdesak! Terpaksa Jaja Nama HARON DIN Kembali!


Sebelum ini janji untuk laksana pentadbiran teluslah, isytihar hartalah. Tup tup hari ini umum pula Haron Din akan ketuai khawarij PAS untuk menawan Perlis pada PRU akan datang.

Tapi satu perkara yang agak pelik adalah, pengumuman tersebut bukan dibuat oleh tuan punya badan. Propa pun dibuat berlebih-lebih dengan dakwaan bahawa rakyat kini sanggup menderma ribuan ringgit kepada PAS setiap hari demi untuk menumbangkan BN.

Pada kami, ini taktik terdesak daripada PAS setelah melihat mood rakyat pasca kunjungan YAB PM tempohari. Mereka merasakan peluang semakin kelam buat mereka di Perlis. Sebab itu mereka terpaksa kembali menjaja nama-nama ulama' terkenal seperti Dr Haron Din walaupun PAS kini hanya memperjuangkan adat dan sosial sahaja.

Silap haribulan, Haron Din bertanding bawah tiket BN pula. Yalah, sekarang ini pun beliau lebih banyak berdiam diri daripada berkempen untuk PAS. Mungkin sedih agaknya mengenangkan nasib golongan ulama' sepertinya yang kini hanya dijadikan kuda tunggangan DAP!

1 comments:

  • meUher says:
    1 Februari 2012 pada 1:51 PG

    Ulama2 bertaraf PhD lama dah jadi kuda tunggangan ustaz2 berseban tebal LCE pon tarak....sedarkan diri laaa! Sendiri masuk lubuk, sendiri keluar dari kekotaran lubuk, sendiri pergi shower lah!

    Kalu tak sedar lagi baca ini....teruskan tudur bersama ANUwar!

Catat Ulasan