Anwar, Cepatla Saman Nalla !! Mahkamah Dah Cabar Tu !!!
Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar memfailkan notis permohonan bagi menyegerakan proses perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta terhadap Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. dalam masa terdekat.
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, Ketua Pembangkang itu tidak sepatutnya mengambil tindakan undang-undang semata-mata untuk menutup mulut Nallakaruppan.
"Kita tidak mahu kes saman yang terbaru ini ditangguhkan seperti beberapa kes lain yang pernah difailkan di mahkamah.
"Tindakan Anwar melambat-lambatkan proses undang-undang boleh dianggap sama seperti menafikan keadilan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saman yang difailkan oleh Anwar melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam, susulan dakwaan Nallakaruppan yang mengaitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan aktiviti biseksual.
Sementara itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip memberitahu, Anwar terpaksa memfailkan saman sebagai langkah awal untuk menghalang Nallakaruppan daripada terus mendedahkan skandalnya.
Menurut beliau, Anwar dilihat sedang berhempas-pulas memulihkan persepsi masyarakat terhadap dirinya setelah dikaitkan dengan skandal moral.
Jelasnya, sebagai seorang manusia yang tersepit dengan pelbagai isu, tindakan Anwar menyaman Nallakaruppan memang sudah dijangka.
"Syabas kepada Nallakaruppan kerana berani berdepan dengan Anwar di mahkamah. Cuma saya berharap Anwar tidak akan mencari helah untuk menangguhkan perbicaraan kes tersebut," katanya.
Dalam pada itu, penganalisis politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, saman fitnah tersebut merupakan satu strategi halus bagi mengelakkan rakyat mengikuti perkembangan skandal berkenaan menerusi laporan media.
"Apabila kes difailkan di mahkamah, pihak media tidak dapat meneruskan laporan tentang skandal terbabit kerana bimbang ia boleh menimbulkan subjudis," jelasnya.
Bagaimanapun, kata beliau, tindakan selanjutnya terhadap kes saman fitnah berkenaan adalah bergantung kepada budi bicara pihak mahkamah.
0 comments:
Catat Ulasan