Borneosisasi Pembangkang Boleh Runtuhkan Integrasi Nasional!! - @MPKotaBelud
KUALA LUMPUR 14 Mac - Konsep Borneosisasi serta Sabah untuk orang Sabah yang cuba dibawa oleh pembangkang boleh meruntuhkan integrasi nasional terutama antara rakyat negeri itu dengan Semenanjung.
Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) berkata, dalam konsep tersebut pihak pembangkang mahu kesemua jawatan dalam agensi kerajaan di Sabah kesemuanya dipegang oleh rakyat negeri itu.
Katanya, jika itu yang berlaku, pemupukan perpaduan antara rakyat Sabah dan Semenanjung tidak akan berjaya.
''Untuk makluman, kesemua jawatan teras dalam kerajaan di Sabah ketika ini seperti Pengarah Imigresen, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Pengarah Kesihatan dan Pengarah Pelajaran dipegang oleh anak-anak Sabah.
''Namun jawatan-jawatan lain yang bukan teras atau yang lebih rendah diberikan juga kepada pegawai-pegawai dari Semenanjung. Melalui cara ini ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Sabah dan Semenanjung," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan