#FitnahPR : Jika @NajibRazak Mampu Ianya Tidak Salah - Jika Guna Duit @PMOMalaysia Di Mana Buktinya?



Original Artikel : Double -Y (yuseriyusoff.blogspot.com)
Identiti wanita pekerja Hotel Shangri-La yang dikatakan telah bertindak 'menjual' borang pesanan 'Majlis Banquet' pertunangan anak Perdana Menteri DS Najib Tun Razak telah dikenal pasti dan akan didedahkan dalam masa terdekat. (Nantikan eksklusif yang mana kemungkinan besar wanita ini akan disaman serta diberhentikan kerja) 
Sebelum ini PKR mendakwa majlis pertunangan yang berjumlah RM409,767 itu dibiayai oleh Pejabat Menteri (PMO) ekoran invois yang dialamatkan secara terus kepada pejabat berkenaan. 
Walaupun kenyataan PMO dan pihak hotel sebelum ini yang menafikan bahawa kos tersebut dibayar PMO sebaliknya ianya dibayar sendiri oleh DS Najib dan keluarganya, ianya dilihat masih gagal menyakinkan banyak pihak. 
Benarkah selaku seorang Perdana Menteri beliau tidak akan mampu berbelanja hampir setengah juta hanya untuk satu majlis pertunangan? 
Menurut satu sumber yang diemelkan (dihantar oleh seseorang yang mendakwa ini tangga gaji PM & TPM tahun 1997-1999 semasa Anwar Ibrahim menjadi TPM) - tangga gaji bagi seorang Perdana Menteri pada tahun 1999 serta Timbalannya adalah :
1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit, tidak boleh didedah (OSA).
2. Elaun Keraian RM10,500.00 – tidak sulit.
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit.
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit.
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jika benar maklumat yang dikirimkan kepada saya di atas secara puratanya pendapatan bulanan bagi seorang Perdana Menteri adalah RM55,650.00.
Mengikut ilmu hisab yang saya belajar dari Siti Sifir - anggaran kasar pendapatan tahunan seorang Perdana Menteri adalah RM667,800.00 dan jumlah ini belum ditambah dengan lain-lain kemudahan serta elaun-elaun yang telah diperuntukkan kerajaan kepada PM dan TPM. 
Jadi adakah seorang Perdana Menteri yang mana bapanya juga merupakan bekas Perdana Menteri tidak mampu untuk menampung kos berjumlah setengah juta jika dikira dengan pendapatan yang diperolehi oleh beliau?
Itu belum dikira dengan jumlah kekayaan yang dimiliki oleh... 
Adik kepada DS Najib Tun Razak iaitu DS Nazir Razak dari CIMB Groups dan OSK Holdings (mengikut majalah Malaysian Bussiness tahun 2008) yang merupakan antara 40 individu terkaya di Malaysia dengan kekayaan sebanyak USD 100 juta. 
Logikkah tuduhan PR bahawa DS Najib Tun Razak dan keluarga TIDAK MAMPU membiayai sendiri kos pertunangan sedangkan arwah bapa, adik beradik DS Najib Tun Razak mempunyai kekayaan sendiri yang mana ada diantara mereka memperolehi kekayaan sebelum DS Najib Tun Razak menjawat jawatan Perdana Menteri?
BACA KESUDAHAN PANDANGAN BLOGGER YY [KLIK SINI] 
Blogger PELURU juga mempunyai hujah yang menarik berhubung isu yang dibangkitkan oleh Rafizi Ramli yang semakin hari beliau semakin tergilakan publisiti sehingga mempolitikkan semua isu semata-mata mahu merosakkan reputasi DS Najib Tun Razak 
[KLIK SINI BRO...]

0 comments:

Catat Ulasan